Page 16 - Majalah Principal
P. 16
"I Can Sell to BIODATA
Anyone,
N O R L I Z A
Anywhere, NAMA : Nurizzati Binti Rosli
Anytime,
Anyplan." TARIKH LAHIR : 1 September 1988
A J I S
UMUR : 31 Tahun
G R O U P A G E N C Y
STATUS : Berkahwin
M A N A G E R
JAWATAN : Agency Supervisor Premier
Wealth Advisors di CWA
Seremban 2
PENDIDIKAN : Degree in Banking and
Finance
NURIZZATI
BINTI ROSLI
- AGENCY SUPERVISOR -
"Sebaik-baik manusia, adalah mereka yang paling bermanfaat bagi orang lain", hadis yang melontarkan
anjakan paradigma dalam hidup Puan Nurizzati untuk terus maju dan mengambil keputusan untuk berkecimpung
secara serius dalam bidang kerjaya yang berpendapatan berdasarkan komisyen sepenuhnya, berkonsepkan
"Siapa buat dia dapat".
Setelah hampir empat tahun dalam industri perbankan, pelbagai kejayaan telah di raih, Puan Nurizzati mula
dahagakan "Career Development" mengejar cita-cita dan impian untuk mempelajari ilmu Unit Amanah.
Alhamdulillah akhirnya beliau bertemu dengan Founder Premier Wealth Advisors dalam laman web Facebook
iaitu Puan Norliza Binti Ajis pada 7 Mac 2016. Detik itulah, beliau nekad untuk menghadiri BYOB di Eastin Hotel
dan pada hujung 30 Mac 2016, beliau meletakkan jawatannya sebagai seorang Perunding Kewangan Peribadi di
CIMB Bank yang pada ketika itu prestasi beliau berada di ranking Top 1 KPI di dalam region.
Puan Nurizzati bersyukur kerana beliau mempunyai peluang kedua bersyarat yang ditawarkan oleh bekas
Pengurus Cawangan iaitu sekiranya selepas dua tahun beliau tidak berjaya dalam industri Principal, bekas
Pengurus Cawangan beliau bersedia menerima beliau bekerja semula. Oleh kerana itu, beliau bertekad
cemerlang untuk terus berjaya dalam bidang perancang kewangan.
Kejayaan pertama yang diraih oleh beliau di Principal dalam masa empat bulan pertama adalah beliau berjaya
membawa investment masuk ke Principal hampir 600 ribu serta kenaikan pangkat daripada Konsultan Unit
Amanah kepada Agency Supervisor. Seterusnya trip percuma untuk rookie agent ke Pulau Langkawi dan berjaya
mencapai pendapatan lima angka yang pertama. Puan Nurizzati juga tekad untuk mencapai Challenge Trip
Premier Club yang pertama pada 2017 Trip Umrah, Trip Premier Club yang kedua pada 2018 Trip Percutian ke
Hokkaido.
Kejayaan datang apabila dirancang dan mempunyai "Big Why" yang besar dan alhamdulillah beliau kini telah
melebarkan sayap membina empayar di bawah Titanium Premier Advisors subsidiary Premier Wealth Advisors
dan kini agen yang aktif seramai 15 orang secara sambilan dan sepenuh masa. Visi dan misi beliau kini adalah
mempunyai agen yang aktif seramai 50 orang menjelang tahun 2020, Pengurus Agensi pada bulan Disember
tahun 2020 dan seterusnya menjadi Pengurus Agensi Kumpulan pada bulan Disember tahun 2022.
15