Page 12 - nota pendidikan islam tingkatan 4
P. 12
Riddah
riddah bererti berpaling atau keluar daripada agama Islam.
Orang yang keluar agama Islam dihukum murtad
Murtad Boleh Berlaku Dalam 3 Perkara:
1. iktikad (hati): berniat hendak keluar Islam
2. perkataan: mengisytihar keluar Islam
3. perbuatan: menganut agama selain Islam
Faktor Riddah:
lemah pegangan agama
jahil tentang akidah dan hukum-hakam Islam
terpengaruh dengan tawaran kebendaan
Kesan Riddah
perkahwinan terbatal
haram menerima harta pusaka daripada waris beragama Islam
hartanya haram dipusakai oleh ahli waris beragama Islam
Cara Menangani Orang Murtad
memberi nasihat supaya bertaubat dan kembali kepada Islam
memberi perlindungan atau bantuan sekiranya dia golongan
muallaf
melaksanakan hukum hudud (bunuh)
Hikmah Hukuman Bunuh Kepada Orang Murtad
memberi amaran bahawa Islam tidak boleh dipermainkan
menghindar masyarakat Islam daripada huru-hara dan berpecah-
belah
menghalang perbuatan yang mencemarkan kesucian Islam dan
perkara-perkara yang memburukkannya