Page 14 - nota pendidikan islam tingkatan 4
P. 14
Sihir
sihir ialah ilmu yang berkaitan perbuatan secara
halus melalui pertolongan makhluk ghaib iaitu dengan
bantuan jin dan syaitan . sihir bertujuan memudarat dan
mengelirukan manusia
Akibat Sihir
merosakkan akidah dan membatalkan iman
memecah belah masyarakat dan menimbulkan fitnah
pengamal sihir takbur dan berani berlaku zalim
Nifak
nifak bererti berpura-pura melahirkan keimanan
sedangkan hati tetap kufur kepada Allah. orang yang
melakukannya digelar munafik
Ciri-Ciri Munafik
1. bercakap bohong
2. khianat apabila diberi amanah
3. mungkir janji
4. melampaui batas apabila bertengkar
Akibat Buruk Munafik
menghilangkan sikap percaya-mempercayai
melemahkan perpaduan masyarakat
menghancurkan kekuatan umat Islam
menghalang usaha pembangunan masyarakat Islam