Page 16 - TATABAHASA 1
P. 16
Saya cuba melupai peristiwa ngeri itu.
Saya cuba melupakan peristiwa ngeri itu.
4. imbuhan ber-kan
contoh:
1. Saya tidur berbantalkan lengan. (/) Saya tidur berbantalkan dengan lengan.(x)
2. Jawapan itu berpandukan skema. (/) Jawapan itu berpandukan pada skema (x)
3. Keputusan dibuat berdasarkan persetujuan umum.(/)
Keputusan dibuat berdasarkan kepada persetujuan umum. (x)
KATA MAJMUK
ditulis secara bergabung:
tandatangan bumiputera jawatankuasa
kakitangan olahraga warganegara
pesuruhjaya setiausaha matahari
beritahu tanggungjawab antarabangsa
sukarela kerjasama suruhanjaya
ditulis secara berasingan;
ibu bapa kertas kerja merah jambu
1. Penggandaan kata nama majmuk terbahagi kepada dua cara. Cara yang pertama, jika kata nama majmuk
tersebut dieja secara terpisah, maka penggandaan hanya dilakukan pada bahagian awal kata sahaja. Sebagai
contoh,
kertas kerja kertas-kertas kerja
ibu bapa ibu-ibu bapa
2. Namun, jika kata nama majmuk tersebut daripada bentuk yang mantap yang dieja sebagai satu perkataan,
maka seluruh perkataan digandakan, contohnya:
setiausaha setiausaha-setiausaha
tandatangan tandatangan-tandatangan
KATA GANDA
1. Kesalahan menggandakan kata nama majmuk .
Ketua jabatan – ketua jabatan diminta memberikan laporan tahunan kepada pihak kerajaan
dengan segera.
Ketua- ketua jabatan diminta memberikan laporan tahunan kepada pihak kerajaan dengan
segera.