Page 23 - TATABAHASA 1
P. 23
26. Tahniah _____________ kejayaan kamu.
27. Kita mestilah mempunyai perasaan belas kasihan __________ orang yang lemah.
28. Penjahat itu ditangkap ____________ polis.
29. Bola itu disepak _________ adik kuat-kuat.
30. Kamil ditumbuk oleh penjahat itu ______________ pengsan.
31. Saya duduk ____________ kerusi.
32. Ayah memotong kayu _____________ parang.
33. _______________ sebab pencemaran sungai ialah pembuangan sisa toksik ________ dalam
sungai.
34. ____________ hal ini, tiada sesiapa pun yang bersalah.
35. Rumah saya terletak _________________ bangunan kedai ____________ taman permainan
kanak-kanak.
36. _________ menjayakan majlis itu, semua orang perlu bekerjasama.
37. Batu yang besar itu terangkat juga ____________ Zai Yen.
38. Semua orang yang mempunyai kaitan ______________ dia telah disoal siasat.
39. Pihak polis mengetatkan kawalan ________ tiap-tiap pintu masuk stadium.
40. Semua penari zapin itu terdiri _______________ golongan kanak-kanak.
41. Ayam itu diperap _____________ kunyit sebelum digoreng.
42. Anak-anak yatim itu ____________ tetamu yang dijemput hadir ____________ majlis itu.
43. Negara kita kaya ___________ sumber alam semula jadi.
44. Dia sedar _____________ kesilapannya .
45. Barang-barang yang menjadi bahan bukti kes itu _________ pada pihak pendakwa.
46. Buku itu diletakkan __________ rak buku.
47. Industri pelancongan mendatangkan pendapatan yang lumayan ________ negara.
LATIHAN PENJODOH BILANGAN
Isi tempat kosong berikut dengan penjodoh bilangan yang sesuai.
1. Wan Siang membeli tiga ____________ roti Gardenia di kedai runcit.
2. Lima _________________ kedai musnah dalam kebakaran semalam.
3. Ayah membeli beberapa _____________ kelapa .
4. Saya diberikan beberapa ______________ pisang oleh Atuk.
5. Adik menjemur beberapa _______________ baju.
6. Duan mendapat hadiah iaitu _______________ komputer riba.
7. Ah Won memotong lima ____________ kayu .
8. Belikan saya dua ___________ kicap.