Page 26 - TATABAHASA 1
P. 26
1. Saya meminta Alif membelikan pen untuk saya.
2. Cermin itu saya simpan di dalam bilik.
3. Dia belum sihat sepenuhnya daripada demam.
4. Pesakit itu masih di hospital .
5. Bapa saya sudah semakin kurus.
6. Jimmy tentu di dalam bilik.
LATIHAN 5
1. Saya belum pernah ke Kuala Lumpur.
2. Penguin tinggal di Kutub Utara.
3. Semua orang mahu cantik.
4. Dia sampai lewat ke tempat kerja.
5. Pandangannya lebih baik daripada pandangan saya.
6. Buah durian itu telah masak ranum.
LATIHAN 6
1. Emak akan memasak nasi pada pukul 11.00 pagi setiap hari.
2. Saya terjumpanya di lapangan terbang.
3. Pencuri itu mesti telah ditangkap.
4. Saya belum dapat melelapkan mata.
5. Ain menafikan bahawa dia demam.
6. Rancangan itu khusus untuk kaum wanita.
LATIHAN 7
1. Ubat itu daripada akar kayu.
2. Baju kamu ada padanya.
3. Makanan ruji rakyat negara itu ialah nasi.
4. Dia tertekan sejak ibu bapanya bercerai.
5. Kereta itu remuk teruk dilanggar oleh sebuah treller.
6. Aduan pihak tuan dalam perhatian kami.
latihan 8
1. Bahawa sijil itu telah diperakukan memang betul.
2. Kerja-kerjanya belum dapat disiapkan lagi.
3. Harga barang itu berapa?
4. Pelajar kelas ini ke mana?
5. Sana sekolah lama saya.
6. Mendaki gunung hobi yang mencabar.
LATIHAN 9
1. Susan seorang guru di SMK Pai Chee.
2. Ubat nyamuk itu sudah patah.
3. Televisyen yang rosak itu perlu dibaiki.
4. Beg tangan saya diragut oleh seorang peragut.
5. Saya mendapat buku itu daripada Jojo.
6. Kami tidak mahu berkawan dengannya lagi.
7. Tudung yang dipakainya sangat cantik.
8. Kucing itu di bawah meja.
9. Dia menjelaskan bahawa kuku kakinya tercabut.
10. Demam Wah Hin masih belum sembuh.
LATIHAN 10
1. Langsir yang baru dipasang oleh ibu itu berwarna hijau.