Page 31 - TATABAHASA 1
P. 31

1.  Dora mendukung anak kambing itu. Alisia mendukung anak kambing itu.
               2.  Saya ingin membeli baju. Baju itu sangat mahal.
               3.  Dia membaca buku. Dia mendengar radio.’
               4.  Kakak membasuh kain. Kakak menyidainya.
               5.  Pokok itu dibubuh baja. Pokok itu lekas berbuah.
               6.  kami diminta senyap. Pengetua sedang berucap.

               LATIHAN 2

               1.  Dahan pokok rambutan itu dicantas. Tunas yang baru keluar.
               2.  Pasukan itu bersedih. Mereka kalah.
               3.  Duha tidak menyedari  sesuatu.  Tindakannya menyusahkan orang lain.
               4.  Ibu membeli tilam di kedai perabut. Tilam itu tebal.
               5.  Ramlah bekerja di pasar raya itu. Ramlah mendapatkan rezeki.
               6.  Hakim tenang . Hakim mendalami ilmu agama.

               Latihan 3

               1.  Julia mendapat pujian daripada kawannya. Persembahannya sangat bagus.
               2.  Kami terserempak dengan seekor ular sawa . Kami mandi-manda di sungai itu.
               3.  Dia ingin mengahwini Mei Lim. Keluarganya membantah tindakannya itu.
               4.  Encik Haziq masih kacak. Dia sudah berusia 40 tahun.
               5.  Jia Woon malu. Dia diusik oleh rakan-rakan.
               6.  Kamu akan dihukum. Kamu melanggar peraturan.


               b) Pisahkan ayat di bawah supaya menjadi dua ayat.

               Latihan 1
               1.  Emak menjaga ayah di hospital sehingga ayah sembuh.
               2.  Saya berdoa semoga awak selamat sampai ke sana.
               3.  Surat yang dihantarnya telah saya terima.
               4.  Amda mestilah makan makanan yang seimbang dan selalu bersenam.
               5.  Keadaan gua itu sungguh gelap dan sempit.
               6.  Ustaz Hasan dijemput ke surau untuk menyampaikan ceramah.
               Latihan 2

               1.  Pendapat beliau sangat bernas, tambahan pula disampaikan dengan cara yang menarik.
               2.  Gadis itu baik orangnya, malahan jarang-jarang sekali dia menyakiti hati kami.
               3.  Lembu yang menanduk kereta saya itu lari ke dalam  semak.
               4.  Penduduk kampung sedar bahawa nyawa mereka terancam.
               5.  Oleh sebab mereka datang lambat mereka tidak dibenarkan masuk.
               6.  Ali tidak begitu pandai semasa saya mengajarnya dulu.

               latihan 3
               1.  Andai kata mereka menyerang kita, kita  akan bertahan dengan bersungguh-sungguh.
               2.  Kita mestilah bertolak ansur agar semua pihak berpuas hati.
               3.  Pemuda itu datang dengan menaiki komuter.
               4.  Pertama saya tidak berwang, kedua saya kurang berminat dengan barang ini.
               5.  Kain yang dibelinya agak mahal padahal ada lagi yang lebih murah.
               6.  Untuk Ani melakukannya amat sukar.

               latihan 4
               1.  Awak boleh meminjam buku ini tetapi mesti pulangkannya segera.
               2.  Hakim menjelaskan bahawa dompetnya tercicir.
               3.  Kami tetap meneruskan perjalanan walaupun hujan lebat.
               4.  Keracunan makanan berlaku apabila makanan dicemari oleh bakteria berbahaya.
               5.  Dia terus pulang ke kampong apabila mendapat tahu ibunya sakit.




               AYAT MAJMUK
   26   27   28   29   30   31   32   33   34   35   36