Page 33 - TATABAHASA 1
P. 33
a) Tukarkan ayat aktif berikut kepada ayat pasif.
latihan 1
1. Dia mengelakkan diri daripada terlibat dalam masalah sosial.
2. Hasan memahami makksud kata-kata ibunya.
3. Pelajar-pelajar sekolah ini mencapai keputusan peperiksaan yang cemerlang.
4. Kerajaan menyelesaikan masalah yang timbul dengan bijaksana.
5. Izudin mengepos surat kepada kawannya.
6. Penduduk kampung terbina rumah Mak Siti.
latihan 2
1. Ah Boon telah menjalani pembedahan mata pagi tadi.
2. Pelajar kelas 4 Setia belum membersihkan kelas mereka.
3. Ustaz Hakimi perlu menyampaikan ceramah itu malam nanti.
4. Pihak yang tidak bertanggungjawab itu cuba menggunakan taktik kotor.
5. Kerajaan Negeri Pahang sedang memajukan kawasan Bera.
6. Kaunselor itu sedang mendekati pelajarnya yang bermasalah.
latihan 3
1. Kami menceriakan kawasan sekolah petang semalam.
2. Saya menyejukkan puding jagung di dalam peti ais.
3. Saya menzahirkan kasih terhadap ayah dengan menghormatinya.
4. Saya menemui kawasan perumahan itu setelah sejam mencarinya.
5. Kami membuat keputusan untuk melukis Jalur Gemilang.
6. Kami merealisasikan impian guru-guru dengan mendapat keputusan SPM yang cemerlang.
latihan 4
1. Kita perlu mengecat bangunan yang usang itu semula.
2. Kami telah menghiaskan bilik pengantin itu dengan cantik sekali.
3. Saya akan memperhalus cadangan pihak tuan itu.
4. Awak mesti menjual barang ini sehingga habis.
5. Kita akan menduduki ujian lisan mendengar esok.
6. Kamu hendaklah menyikat rambut dengan kemas.
7.
LATIHAN 5
1. Pelakon itu sedang menghayati skripnya.
2. Kapten Badrul menerbangkan kapal terbang Boeing 737.
3. Pihak berkuasa meminta kami berpndah dengan segera.
4. NTV 9 menayangkan cerita Upin dan Ipin setiap hari Jumaat.
5. Penjahat itu cuba menghapuskan bahan bukti.
6. Wajahnya menghiasi muka depan Majalah Nona.
LATIHAN 6
1. Saya akan menduduki SPM tahun ini.
2. Mak Mah menyampaikan pesanan Pak Abu kepada Puan Ziadah.
3. Saya belum pernah melukis lukisan potret.
4. Haida tidak memandu kereta hari ini.
5. Dia suka menghasut penduduk kampung supaya membenci Zubir.
6. Wee membersihkan biliknya.
b) Tukarkan ayat pasif berikut kepada ayat aktif.
latihan 1
1. Ibu bapa diamanahkan oleh Tuhan untuk mendidik anak-anak.
2. Kereta kami diperiksa oleh pegawai JPJ itu dengan teliti.
3. Pintu rumahnya diketuk seseorang yang tidak dikenali.