Page 36 - TATABAHASA 1
P. 36

Michelle:      Saya agak lemah dalam mata pelajaran Kimia. Jika cikgu tidak sibuk, Saya meminta bantuan
                              cikgu mengajar saya pada hujung minggu ini.

               Cikgu Lim:     Oh , begitu! Kalau begitu kita jumpa di sekolah pada pukul 10.00 pagi Ahad ini.


               Latihan 6
               Tukarkan cakap pindah di bawah ini kepada cakap ajuk tanpa mengubah maksud asalnya.

                       Zahid telah menegur Rajesh yang dilihatnya muram . Rajesh  menyatakan bahawa dia sedih kerana tidak
               dapat  menyertai  rombongan  sekolah  ke  Melaka  .  Lalu,  Zahid  bertanya  sebab  Rajesh  tidak  dapat  menyertai
               rombongan  tersebut.  Rajesh  menjelaskan  bahawa  ibunya  tidak  mampu  menyediakan  tambang  bas  .  Zahid
               bersimpati  dengan  keadaan  Rajesh.  Dia  kemudiannya  mencadangkan  Rajesh  meminjam  wang  daripadanya
               dahulu. Namun, Rajesh menolak cadangan tersebut kerana dia enggan berhutang.


               Latihan 7

               Tukarkan cakap ajuk di bawah ini kepada cakap pindah tanpa mengubah maksud asalnya.
               Doraemon : Kamu  asyik tidur saja hari ni. Kamu tiada kerja sekolah?

               Nabita: (Sambil menggeliat) Eh, kenapa kamu sibuk ? Memanglah cikgu ada berikan     latihan Matematik

               Doraemon: Habis tu kenapa kamu tidak menyiapkannya?
               Nabita: Saya  sudah cuba menyiapkannya , tetapi ada tiga soalan lagi saya tidak faham.

               Doraemon: Itulah kamu masa cikgu mengajar kamu selalu main-main. Sekarang kamu juga yang susah.
               Nabita: Doraemon , macam mana ni? Tolonglah saya!

                                                                                                 (6 markah)
               Latihan 8

               Tukarkan cakap pindah di bawah ini kepada cakap ajuk tanpa mengubah maksud asalnya.
                       Hakimi bertanya kepada Alfred sama ada dia meyukai aktiviti sukan lasak. Alfred bertanya semula kepada
               Hakimi tentang maksud aktiviti sukan lasak tersebut kerana dia tidak memahaminya. Lalu, Hakimi pun menjelaskan
               bahawa aktiviti sukan lasak ialah   aktiviti sukan yang mencabar  dan memerlukan kekuatan fizikal dan mental para
               pesertanya  seperti,  berkayak  dan  mendaki  gunung.  Setelah  mendengar  penjelasan  Hakimi,  Alfred  pun
               menyatakan  bahawa  dia  sudah  memahami  maksudnya.  Hakimi  seterusnya  menerangkan  bahawa  dia  ingin
               mengajak Alfred menyertai ekspedisi mendaki Gunung Kinabalu pada cuti semester nanti. Alfred pun menjawab
               bahawa idea Hakimi itu menarik dan dia  pasti tidak mahu melepaskan peluang mendaki gunung yang tertinggi di
               Asia Tenggara itu.

               Latihan 9

               Tukarkan cakap pindah berikut kepada cakap ajuk.
                   1.  Zakaria menegur Masni dan ingin tahu sebab Masni kelihatan risau.
                   2.  Masni tidak menjawab pertanyaan Zakaria sebaliknya bertanyakan Zakaria mengganggunya.
                   3.  Zakaria menjelaskan bahawa dia bersedia membantu masni jika Masni menghadapi masalah kerana
                       mereka kawan rapat.
                   4.  Masni pun menerangkan bahawa dia memerlukan wang sebanyak RM 200.
                   5.  Zakaria bertanya tujuan Masni mahu wang sebanyak itu.
                   6.  Masni memberitahu Zakaria bahawa dia ingin membayar hutangnya.
   31   32   33   34   35   36