Page 35 - TATABAHASA 1
P. 35
Latihan 1
Tukar cakap ajuk berikut kepada cakap pindah
Cikgu Hasrul : Siapakah yang tidak hadir hari ini Mei Lan ?
Mei Lan : Jojo yang tidak hadir hari ini, cikgu.
Cikgu Hasrul : Terima kasih Mei Lan. Beritahu rakan-rakan kamu minggu hadapan ujian bulanan akan
diadakan untuk Bahasa Malaysia.
Mei Lan : Sama-sama. Baiklah cikgu.
Latihan 2
Cakap Ajuk ( dialog) dan Cakap Pindah (karangan)
Tukar dialog berikut kepada karangan biasa
Wan Chin : Hai , Miki. Apa khabar?
Miki : Saya sihat. Lama saya tidak berjumpa kamu.
Wan Chin : Saya demam minggu lepas . Jadi , saya duduk di rumah saja.
Miki : Oh, begitu!
Latihan 3
Cakap Pindah kepada Cakap Ajuk
Tukar karangan berikut kepada dialog.
Jimmy mengucapkan selamat petang kepada Cikgu Hasmi. Cikgu Hasmi membalas ucapan Jimmy itu.
Jimmy menyatakan niatnya untuk belajar Matematik dengan Cikgu Hasmi kerana dia lemah dalam mata pelajaran
tersebut. Lalu , Cikgu Hasmi pun menjawab bahawa beliau sedia untuk mengajar Jimmy.
Latihan 4
Tukarkan cakap pindah berikut kepada cakap ajuk.
Sulaiman berasa hairan kerana Aziz bangun awal pagi itu. Aziz menjelaskan bahawa dia dan Sudin akan
ke Pantai Air Papan. Sulaiman menyatakan bahawa dia pun ingin mengikut mereka ke sana. Aziz menyatakan
bahawa mesti lebih seronok jika Sulaiman turut serta.
Latihan 5
Tukarkan cakap ajuk berikut kepada cakap pindah.
Michelle: Selamat sejahtera , cikgu.
Cikgu Lim: Selamat sejahtera Michelle. Ada hal pentingkah kamu ingin berjumpa saya?
Michelle: Benar , cikgu. Saya ingin meminta bantuan cikgu.
Cikgu Lim: Bantuan? Apakah maksud kamu?