Page 32 - TATABAHASA 1
P. 32

Tentukan jenis ayat majmuk di bawah sama ada :

                   a)  ayat majmuk gabungan
                   b)   ayat majmuk pancangan relatif
                   c)   ayat majmuk pancangan komplemen
                   d)   ayat majmuk pancangan keterangan
                   e)   ayat majmuk campuran



               latihan 1

               1.  Saya tidak dapat hadir kerana saya kurang sihat.
               2.  Pak Abu berpendirian bahwa tanah itu tidak patut dijual.
               3.  Jika dizinkan Tuhan, kami akan melawat awak lagi.
               4.  Wanita sangat baik, malahan jarang-jarang sekali menyakiti hati saya.
               5.  Mula-mula kami dijamu makanan, kemudian kami dibawa melawat ke sekiling tempat itu.
               6.  Ahmad sedang membaca buku tetapi kawan-kawannya yang sudah letih telah lama tidur.

               latihan 2

               1.  Lauk-pauk yang dimasak oleh ibu memang menyelerakan.
               2.  Mereka selalu bermain di pantai semasa masih kecil dahulu.
               3.  Kita mestilah bertolak ansur agar semua pihak berpuas hati.
               4.  Mereka pulang  jua ke bandar sedangkan hati mereka masih di kampung.
               5.  Pertama, saya tidak berwang.
               6.  mereka mendaftarkan kanak-kanak yang lahir dalam tahun 2012, yang telah menerima suntikan tersebut.




               latihan 3

               1.  Walaupun badannya letih, Ali tetap menghadiri majlis perayaan itu.
               2.  Wang itu bukan  padanya semasa polis membuat pemeriksaan.
               3.  Saya sangat yakin bahawa dia akan lulus Bahasa Melayu.
               4.  Saya berpendapat  bahawa cadangan itu boleh diterima.
               5.  Beliau memandang saya sambil tersenyum.
               6.  Budak yang sedang membaca majalahitu anak saya.

               latihan 4

               1.  Mereka menonton wayang yang  amat lucu.
               2.  Adakah berita itu benar atau  berita itu khabar angin?
               3.  Ayah berminat dalam perniagaan tetapi anak-anaknya tidak berminat sama sekali.
               4.  Dia pulang ke kampung demi memenuhi permintaan ibunya.
               5.  Hari sudah senja namun Muthu masih belum pulang ke rumahnya.
               6.  Mereka mengetahui bahawa Haji Ahmad saudagar besar.






               AYAT AKTIF DAN AYAT PASIF
   27   28   29   30   31   32   33   34   35   36