Page 7 - TATABAHASA
P. 7

LATIHAN SPM 14
                   Tukarkan ayat-ayat aktif berikut kepada ayat pasif.

                       1.  Mimi membuat bunga telur itu untuk majlis perkahwinannya.
                          Bunga telur itu dibuat oleh Mimi untuk majlis perkahwinannya.

                       2.  Halim membawa beg pakaian yang besar ke Sarawak.
                          Beg pakaian yang besar dibawa oleh Halim ke Sarawak.

                       3.  Anda mesti makan buah-buahan ini sehingga habis.
                          Buah-buahan ini mesti anda makan sehingga habis.

                       4.  Saya menaiki kereta api itu untuk menziarahi nenek saya di Singapura.
                          Kereta api itu saya naiki untuk menziarahi nenek saya di Singapura.

                       5.  Peserta gimnastik Austria menggulingkan badannya di atas lantai semasa pertandingan itu.
                          Badan peserta gimnastik Austria itu digulingkan di atas lantai semasa pertandingan itu.


                   LATIHAN SPM 15
                   Tukarkan ayat-ayat aktif berikut kepada ayat pasif.

                       1.  Kerbau jantan yang liar itu merosakkan kebun pisang ayah saya.
                          Kebun pisang ayah saya dirosakkan oleh kerbau jantan yang liar itu.

                       2.  Beberapa pelajar telah mengalami kecederaan teruk sewaktu kebakaran asrama itu.
                          Kecederaan teruk telah dialami oleh beberapa pelajar sewaktu kebakaran asrama itu.

                       3.  Pengarah syarikat itu mengingatkan semua anak buah beliau agar sentiasa berbudi bahasa sewaktu
                          melayani pelanggan mereka.
                          Semua anak buah syarikat itu diingatkan oleh pengarahnya agar sentiasa berbudi bahasa sewaktu
                          melayani pelanggan mereka.
                          Semua anak buah beliau diingatkan oleh pengarah syarikat itu agar sentiasa berbudi bahasa
                          sewaktu melayani pelanggan mereka.

                       4.  Sekolah kami telah mengadakan Karnival Keusahawanan beberapa hari yang lepas.
                          Karnival Keusahawanan telah diadakan oleh sekolah kami beberapa hari yang lepas.

                       5.  Belia hari ini perlu menguasai teknologi maklumat  sesuai dengan kehendak wawasan negara.
                          Teknologi maklumat perlu dikuasai oleh belia hari ini sesuai dengan kehendak wawasan negara.




















                                                              7
   2   3   4   5   6   7   8   9   10   11   12