Page 4 - TATABAHASA
P. 4
LATIHAN SPM 8
Tukarkan ayat-ayat aktif berikut kepada ayat pasif.
1. Guru disiplin menahan pelajar itu selepas pehimpunan kerana melanggar peraturan sekolah.
Pelajar itu ditahan oleh guru disiplin selepas perhimpunan kerana melanggar peraturan sekolah.
2. Ibu bapa perlu menerapkan nilai-nilai murni kepada anak sejak kecil lagi.
Nilai-nilai murni perlu diterapkan oleh ibu bapa kepada anak sejak kecil lagi.
3. Guru Bahasa Melayu menghadiahi pelajar itu sebatang pen setelah berjaya memperoleh A dalam
peperiksaan percubaan SPM.
Pelajar itu dihadiahi oleh guru Bahasa Melayu sebatang pen setelah berjaya memperoleh A
dalam peperiksaan percubaan SPM.
4. Polis telah menangkap penculik kanak-kanak itu pada pagi tadi.
Pendulik kanak-kanak itu telah ditangkap oleh polis pada pagi tadi.
5. Kamu mestilah mematuhi undang-undang negara agar hidup kita aman.
Undang-undang negara mestilah kamu patuhi agar hidup kita aman.
LATIHAN SPM 9
Tukarkan ayat-ayat aktif berikut kepada ayat pasif.
1. Mereka ke sekolah dengan menaiki bas.
Bas dinaiki oleh mereka ke sekolah.
2. Pihak berkuasa telah berjaya membanteras aktiviti pembalakan haram itu.
Aktiviti pembalakan haram itu telah berjaya dibanteras oleh pihak berkuasa.
3. Kerajaan telah mengambil beberapa langkah untuk membantu pengusaha industri kecil itu.
Beberapa langkah telah diambil oleh kerajaan untuk membantu pengusaha industri kecil itu.
4. Ketua kampung menegur sikap Karim dan Derus yang suka menghabiskan masa di warung.
Sikap Karim dan Derus ditegur oleh ketua kampung yang suka menghabiskan masa di warung.
Sikap Karim dan Derus yang suka menghabiskan masa di warung ditegur oleh ketua kampung.
5. Penduduk setempat mempertikaikan keputusan untuk membina tapak pelupusan sampah.
Keputusan untuk membina tapak pelupusan sampah dipertikaikan oleh penduduk setempat.
4