Page 1 - TATABAHASA
P. 1

TATABAHASA
                                      (MENUKARKAN AYAT AKTIF KEPADA AYAT PASIF)

                                               PANDUAN KEPADA GURU


                   LATIHAN SPM 1
                   Tukarkan ayat-ayat aktif berikut kepada ayat pasif.

                       1.  Puan Azizah telah memarahi Azmi kerana memecahkan  pasu bunga.
                          Azmi telah dimarahi oleh Puan Azizah kerana memecahkan pasu bunga.

                       2.  Ibu bapa harus mengawasi tingkah laku anak-anak supaya mereka tidak tersalah langkah.
                          Tingkah laku anak-anak harus diawasi oleh ibu bapa supaya mereka tidak tersalah langkah.

                       3.  Puan Sarah menghadiahi  Atiqah sebuah kereta Kancil setelah lulus dalam ujian memandu.
                          Setelah lulus dalam ujian memandu, Atiqah dihadiahi oleh Puan Sarah sebuah kereta Kancil.
                          Atiqah dihadiahi oleh Puan Sarah sebuah kereta Kancil setelah lulus dalam ujian memandu.

                       4.  Ayah saya menyambut kedatangan birasnya  yang baru tiba dari Sabah.
                          Kedatangan biras ayah saya yang baru tiba dari Sabah disambut oleh ayah.

                       5.  Dia mendayung sampan itu dengan laju dengan harapan untuk mendapat tempat pertama dalam
                                   pertandingan tersebut.
                          Sampan itu didayung  olehnya dengan laju  dengan harapan untuk mendapat tempat pertama
                          dalam pertandingan tersebut.


                   LATIHAN SPM 2
                   Tukarkan ayat-ayat aktif berikut kepada ayat pasif.

                       1.  Saya  membeli rumah mewah di atas bukit itu dengan duit titik peluh saya sendiri.
                          Rumah mewah di atas bukit itu saya beli dengan duit titik peluh saya sendiri.

                       2.  Ibu Anita membuat kuih bahulu yang sedap itu sempena hari lahir Kalsom.
                          Kuih bahulu yang sedap itu dibuat oleh ibu Anita sempena hari hari lahir Kalsom.

                       3.  Mereka menyusun kerusi-kerusi  itu di padang sebelum acara sukan bermula.
                          Kerusi-kerusi di padang itu disusun oleh mereka sebelum acara sukan bermula.
                          Kerusi-kerusi itu disusun oleh mereka di padang sebelum acara sukan bermula.

                       4.  Semua pelajar  sudah membaca buku cerita yang terdapat di perpustakaan.
                          Buku cerita yang terdapat di perpustakaan sudah dibaca oleh semua pelajar.

                       5.  Saya selalu memasang lampu di hadapan rumah sebelum tidur.
                          Lampu di hadapan rumah selalu saya pasang sebelum tidur.


                   LATIHAN SPM 3
                   Tukarkan ayat-ayat aktif berikut kepada ayat pasif.

                       1.  Kamu perlu membereskan kerja yang diberikan oleh guru sebelum pulang nanti.
                          Kerja yang diberikan oleh guru perlu kamu bereskan sebelum pulang nanti.




                                                              1
   1   2   3   4   5   6