Page 2 - Seminar Isu Semasa – Multimedia (2020)
P. 2
Seminar Isu Semasa – Multimedia (2020)
Grafik adalah tulang belakang dalam menghasilkan sesuatu produk multimedia khususnya. Penggunaan
grafik memerlukan perisian multimedia dan faham cara untuk menggunakkan dan merealisasikan sesuatu grafik
dengan lebih mudah dan berkesan. Dalam membentuk suatu grafik yang menarik elemen-elemen multimedia
sangat penting untuk diketahui ia terdiri daripada beberapa elemen iaitu gambar, fotografi, animasi, video dan
audio. Grafik juga boleh dibangunkan menggunakan software seperti adobe illustrator dan adobe photoshop.
Dalam penggunaan grafik juga ia dapat menerangkan konsep yang digunakan dalam merialisasikan
sesuatu penyampaian seperti pembikinan poster. Selain itu, dalam penggunaan grafik juga ia dapat
mengilustrasikan dan menghuraikan carta seperti contoh pelajar dapat menghasilkan infografik yang lebih
menarik berbanding peta minda. Oleh itu, grafik dalam multimedia adalah perkara yang sangat penting dimana
kita mempelajari kesesuaian untuk membuat suatu illustrasi atau suatu gabungan elemen dalam multimedia
khususnya.
Kamus Dewan (2002) memberi makna multimedia sebagai kata gabungan yang menunjukkan banyak
dan kepelbagaian alat atau perantara komunikasi ataupun perhubungan. Perkataan multimedia adalah berasal dari
perkataan ‘multi’ dan ‘media’. Multi adalah merujuk kepada banyak manakala media merujuk kepada peralatan
yang digunakan. Dalam multimedia terbahagi kepada beberapa elemen pula antaranya ialah teks, foto, audio,
animasi dan audio (Norhayati Abd Mukti & Siew Pei Hwa, 2004). Elemen tersebut digabungkan dan menjadi
suatu alat penyampaian secara liner mahupun interaktif. Oleh itu, dengan adanya elemen tersebut sesuautu
penyampaian akan lebih berkesan dimana penglihatan, pendengaran, dan pergerakan dapat dirasai melalui
pancaindera manusia.
Seterusnya, isu tentang pendedahan awal kepada pelajar sekolah rendah mengenai perisian aplikasi
dalam penghasilan produk multimedia perlu diketengahkan kerana ia mempunyai kesan baik yang mungkin
diklasifikasikan sebagai suatu pendedahan yang boleh memberangsangkan pembesaran pelajar sekolah rendah.
Secara tidak langsung, jika isu ini dapat diusulkan sehingga dibaik pulih keberkesanannya mungkin ransangan
kepada negara Malaysia untuk mencapai negara maju seperti negara lain. Hal ini kerana, jika diberi pendedahan
awal kepada kanak-kanak mereka dapat menanam minat yang mendalam dalam bidang multimedia dan
menjadikan negara antara pengeluar produk multimedia yang lebih maju, kreatif dan setaraf dengan negara maju
yang lain.
PERISIAN APLIKASI
Menurut Mohd Hanafiah (2012) Perisian aplikasi yang menggunakan keupayaan komputer secara
langsung dan sepenuhnya bagi melaksanakan tugasan yang diingini pengguna dan ianya, mempunyai pelbagai
jenis variasi perisian mengikut kehendak penggunaan.Perisian aplikasi juga dikenali sebagai program pengguna
akhir ianya seperti program pemproses perkataan,hamparan elektronik dan perisian persembahan.Beberapa
perisian aplikasi disekalikan menjadi satu pakej yang kadangkala dikenali sebagai suite aplikasi.Sebagai contoh,
Microsoft Office dan Openoffice.org yang menggabungkan sekali pemproses perkataan, helaian kerja, dan
beberapa perisian penggunaan kecil.Perisian aplikasi yang berasingan dalam satu a suite biasanya mempunyai
antaramuka pengguna yang mempunyai persamaan dan ianya, menjadi lebih mudah bagi pengguna bagi
mempelajari dan menggunakan setiap perisian aplikasi.
2