Page 5 - Seminar Isu Semasa – Multimedia (2020)
P. 5
Seminar Isu Semasa – Multimedia (2020)
KEBAIKAN PENGGUNAAN PERISIAN APLIKASI
Dalam sektor pendidikan, pengenalan tentang aplikasi terhadap pelajar-pelajar telah memperkenalkan
sebuah kaedah pembelajaran yang baharu yang mana terdapat permainan yang menyeronokkan yang menarik
perhatian pelajar untuk memahami beberapa perkara dari pelbagai sudut perspektif (Samual Roy, 2017).
Pembelajaran adalah merupakan proses yang berterusan yang mana pelajar dapat belajar hanya dengan mengklik
aplikasi tersebut. Selain itu, pelajar lebih cenderung untuk belajar secara atas talian kerana terdapat pelbagai
rujukan dan buku yang telah tersedia dalam sesebuah aplikasi. Menurut (Smith Big, 2018) dengan perkembangan
internet di seluruh dunia, pelajar dan guru mudah membawa peranti mudah alih kemana sahaja kerana telefon
pintar atau komputer tablet dapat menyimpan lebih beribu buku e-book. Perkara ini juga turut disokong oleh
(Rishikesh Shinde,n.d.) yang mana beliau menyatakan bahawa aplikasi mudah alih tiada batasan masa untuk
pelajar belajar dimana atau bila-bila masa sahaja tanpa kerumitan.
CADANGAN DAN KESIMPULAN
Pengkaji telah menilai dari beberapa aspek dan pengkaji mencadangkan untuk mewujudkan suatu keadah
pembelajaran yang lebih mendalam dalam penggunaan perisian aplikasi yang setaraf dengan pelajar sekolah
menengah dan univerisiti. Pengkaji mencadangkan untuk mencipta suatu perisian aplikasi yang lebih mudah untuk
digunakan terhadap pelajar sekolah rendah dalam penghasilan produk multimedia seperti perekaan grafik. Secara
tidak langsung, pendedahan awal yang dilakukan ini dapat memberi rangsangan terhadap mereka di peringkat
awal usianya dan dapat melahirkan insan yang lebih kreatif dalam penghasilan produk multimedia
Secara kesimpulannya, terdapat banyak kebaikan yang boleh diperolehi tentang pendedahan awal ini.
Galakan atau dorongan ibu bapa dan guru menjadi titik permulaan untuk permasalahan ini diselesaikan. Hal ini
kerana, kesan kepakaran dalam penggunaan perisian tersebut akan memberi impak positif dalam meneraju kearah
negara maju dalam penghasilan produk multimedia setaraf dengan permintaan dalam industri dunia. Selain dapat
memupuk minat dalam bidang multimedia secara tidak langsung mereka juga dapat menguasai ilmu tentang
penggunaan perisian tersebut sehingga kea lam pekerjaan. Hal ini kerana, terdapat segelintir individu mendapat
pendedahan penggunaan tersebut setelah mereka di alam universiti. Oleh itu, kita diberi peluang dan ruang untuk
menguasai sesuatu bidang tanpa batasan.
5