Page 9 - Seminar Isu Semasa – Multimedia (2020)
P. 9

Seminar Isu Semasa – Multimedia (2020)


                       perisian yang berfungsi menerima permintaan HTTP atau HTTPS dari pelanggan yang dikenali dengan
                       pelayar  web  dan  menghantar  kembali  hasilnya  dalam  bentuk  laman-laman  web  yang  umumnya
                       berbentuk dokumen HTML. World Wide Web (www) atau World Wide Web adalah suatu program oleh

                       Tim  BernersLee  pada  tahun  1991  yang  membolehkannya  untuk  menyusun  arkib-arkib
                       penyelidikan.Kemudian menjadi asas dari sebuah revolusi yang dikenali sebagai web.

                       Domain  dan  hosting  ialah  domain merupakan alamat ke  sebuah  laman  web.  Contoh  domain adalah
                       seperti berikut http://www.apanama.com atau http://www.apasaja.com. Domain perlu disewa daripada
                       syarikat yang menyediakan perkhidmatan hosting. Hosting adalah ruangan simpanan data yang terdapat
                       di server internet yang menempatkan website,blog dan yang terdapat di web. Segala data atau fail yang

                       disimpan didalamnya. URL (Uniform Resourse Locator) - Lokasi setiap laman web tertera pada ruangan
                       address di Pelayar Web itu dikenali sebagai URL (Uniform Resourse Locator). URL ini merujuk pada
                       lokasi pelayan web dengan gabungan alamat nama domain dan lokasi fail web yang dipisahkan dengan
                       tanda ’/’. Lokasi terakhir pada sesetengah laman web tidak menyertakan sambungan seperti ’.htm’ kerana
                       nama fail itu telah di daftarkan pada pelayan web berkenaan.



                       1.2  MULTIMEDIA


                       Multimedia berasal daripada kata ‘multi’ dan ‘media’. Multi bererti banyak, dan media bererti tempat,
                       sarana atau alat yang digunakan untuk menyampaikan informasi. Jadi berdasarkan kata ‘multimedia’
                       dapat dirumuskan sedagai wadah atau penyatuan beberapa media yang kemudian didefinisikan sebagai
                       elemen-elemen pembentukan multimedia. Elemen-elemen tersebut seperti teks, gambar, suara, animasi,
                       dan video. Multimedia merupakan suatu konsep dan teknologi baru bidang teknologi informasi, di mana
                       informasi dalam bentuk teks, gambar, suara, animasi, dan video disatukan dalam computer untuk di
                       simpan, diproses dan disajikan baik secara liner mahupun interaktif.


                       Oleh  itu,  dengan  menggabungkan  seluruh  elemen  multimedia  tersebut  menjadikan  informasi  dalam
                       bentuk  multimedia  yang  dapat  diterima  oleh  indera  penglihatan  dan  pendengaran,  lebih  mendekati
                       bentuk aslinya dalam dunia sebenarnya. Multimedia enteraktif adalah apabila suatu aplikasi terdapat
                       seluruh  elemen  multimedia  yang  ada  dan  pemakai  (user)  diberi  keputusan  atau  kemampuan  untuk
                       mengawal  dan  menghidupkan  elemen-elemen  tersebut.  Daripada  Richard  E  Mayer  dapat  pengkaji
                       simpulkan  daripada  petikanya,  ia  menerangkan  tentang  Multimedia  adalah  satu  bidang  yang  luas

                       daripada  segi  teknologi  interaktifnya,  ia  mempunyai  pelbagai  elemen-elemen  contohnya  elemen
                       ‘Gambar’. Multimedia juga boleh merangkumi dalam lukisan, peta , figura dan contoh lain seperti video-
                       video yang dihasilkan. Rujukan yang didapati daripada informasi di atas adalah diterbitkan pada tahun
                       2014 dan secara rasminya dikeluarkan di laman cetak pada tahun 2014.

                       Multimedia mempunyai lima ciri untuk menghasilkan sesuatu yang baik. Lima ciri tersebut adalah teks,
                       gambar,  audio,  animasi,  dan  video.  Teks  merupakan  bentuk  data  multimedia  yang  paling  mudah
                       disimpan  dan  dikendalikan.  Kebiasaannya,  teks  paling  hampir  dengan  kita  kerana  kita  sering  kali

                       menggunakan  teks  untuk  menyampaikan  maklumat.  Teks  berfungsi  dalam  memberi  maksud  cerita.
                       Seterusnya, teks juga dikatakan sebagai kunci komunikasi idea. Teks merangkumi pelbagai jenis iaitu

                                                            9
   4   5   6   7   8   9   10   11   12   13   14