Page 13 - Seminar Isu Semasa – Multimedia (2020)
P. 13

Seminar Isu Semasa – Multimedia (2020)


                   1.  Pengenalan

                       Pada masa  kini,  bidang  pendidikan telah  menunjukkan perbezaan  yang amat  ketara  daripada  sistem
               pendidikan sebelum ini. Perubahan dalam bidang ini dapat kita lihat dari segi penggunaan kaedah pembelajaran
               iaitu dengan menggunakan kaedah pembelajaran berasaskan penggunaan teknologi yang semakin lama semakin

               maju. Teknologi dalam pendidikan merujuk kepada kemahiran dan teknik yang perlu ada pada seseorang tenaga
               pengajar bagi memastikan pendidikan tersebut dapat memberi kebaikan kepada pelajar serta mudah untuk mereka
               menerima apa yang diajari. Seperti yang kita tahu, bidang multimedia merupakan antara bidang yang paling dekat
               dengan masyarakat. Oleh itu, jika tenaga pengajar menggunakan elemen multimedia dalam sesi pengajaran, sudah
               pasti ianya mampu memberi impak positif serta kesan yang baik kepada pelajarnya. Terdapat pelbagai kelebihan

               jika  tenaga  pengajar  menggunakan  perisian  multimedia  dalam  proses  pengajaran.  Antaranya  adalah  dapat
               memudahkan proses pengajaran didalam kelas. Ini bermakna, ianya juga turut dapat memudahkan para pelajar
               dalam proses pembelajaran iaitu dari segi penerimaan bagi setiap perkara yang diajar kerana ianya lebih merujuk
               kepada perkara-perkara penting dalam topik yang ingin disampaikan oleh tenaga pengajar. Disamping itu, ianya
               juga dapat menjimatkan masa kerana tenaga pengajar tidak perlu menerangkan sesuatu perkara dengan begitu
               lama. Seperti yang kita tahu, masyarakat pada masa kini lebih cenderung menggunakan gajet dan teknologi dalam
               kehidupan seharian. Ianya juga tidak terkecuali turut digunakan oleh golongan pelajar. Multimedia juga adalah
               sebahagian  daripada  teknologi  maklumat  dan  komunikasi  yang  dapat  meningkatkan  kualiti  hubungan  dalam

               kehidupan manusia. Jadi, dengan menggunakan perisian multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran sudah
               semestinya dapat mengatasi masalah-masalah yang tidak diingini seperti dapat mengelakkan para pelajar daripada
               berasa  bosan.  Selain  itu,  penggunaan  perisian  multimedia  ini  turut  dapat  meningkatkan  tahap  fokus  mereka
               terhadap pengajaran dan seterusnya dapat meningkatkan minat mereka terhadap pembelajaran yang dijalankan.




                       1.1  Multimedia

                          Multimedia  merupakan  proses  komunikasi  yang  bersifat  interaktif  yang  berasaskan  kepada
                          teknologi komputer yang menggabungkan pelbagai elemen seperti teks, audio, grafik, animasi dan
                          video dalam menyampaikan maklumat. Multimedia juga merujuk kepada penggunakan teknologi
                          komputer yang tugasnya untuk mencipta, menyimpan dan menggunakan data yang ada.  Definisi
                          multimedia juga turut disokong oleh (Penny Loretto, 2018) yang menyatakan bahawa kecanggihan

                          teknologi  bermula  daripada  multimedia  yang  mempunyai  ciri-ciri  interaktif  untuk
                          mempersembahkan  teks,  bunyi,  video  dan  animasi.interaktif  melalui  multimedia  memainkan
                          peranan yang penting dalam mengembangkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran kea rah yang
                          lebih dinamik dan bermutu. Oleh itu, penggunaan multimedia ini sudah semestinya dapat memberi
                          perubahan  kepada  kaedah  mengajar  selain  dapat  juga  membantu  para  pelajar  daripada  terus
                          menghadapi pelbagai kekeliruan, salah tafsiran, berasa bosan dan sebagainya. Dengan menggunakan

                          kaedah ini juga dapat memberi pengalaman yang baharu kepada pelajar kerana seperti yang kita
                          tahu,  teknologi  merupakan  perkara  penting  pada  masa  kini.  Jika  pelajar  didedahkan  kepada
                          penggunaan teknologi dan perisian multimedia dalam sesi pembelajaran, ianya secara tidak langsung
                          dapat  mengasah  bakat  serta  kemahiran  mereka  dari  masa  ke  semasa.  Penggabungan  diantara


                                                           13
   8   9   10   11   12   13   14   15   16   17   18