Page 10 - Seminar Isu Semasa – Multimedia (2020)
P. 10

Seminar Isu Semasa – Multimedia (2020)


                       teks bercetak, teks imbasan, teks elektronik dan hiperteks. Teks juga dibantu oleh beberapa komponen
                       seperti reka letak teks, jenis dan fon untuk menyampaikan sesuatu maksud atau maklumat berkaitan
                       dengan tema aplikasi media. Kebiasaannya audien mudah bosan dengan teks jika dibandingkan dengan

                       gambar. Grafik sering kali muncul sebagai latar belakang sesuatu teks untuk menghadirkan kerangka
                       yang indah. Gambar sering dikatakan sebagai bahasa sebuah gambar yang mampu menjelaskan seribu
                       kata. Imej yang ditonjolkan mesti bertepatan dengan tema atau tajuk yang hendak disampaikan. Imej
                       grafik terdiri daripada pelbagai jenis iaitu imej vector, gambar digital, gambar hiper dan gambar bitmap.
                       Kesesuaian dalam saiz imej mestilah bersesuaian agar tidak menganggu teks yang hendak disampaikan.

                       Maklumat  dipersembahkan  melalui  komputer  di  mana  pengguna  boleh  melihat,  mendengar,  boleh

                       bertindakbalas  dan mengawal  persembahan maklumat  tersebut. Tanpa  sifat ini,  ia  dikatakan  bersifat
                       Polymedia atau Mixed Media.



                       Polymedia merupakan persembahan maklumat tanpa dikawal oleh sistem komputer. Tetapi ia terdiri
                       daripada gabungan beberapa peralatan bantuan media seperti siaran TV, radio, buku teks dan sebagainya.
                       Produk multimedia mestilah mempunyai hubungan (links). Ia membenarkan pengguna bergerak daripada
                       satu antaramuka ke satu antaramuka  yang lain pada bila-bila masa dengan dibantu oleh struktur dan
                       dimensinya yang tersendiri. Tanpa sifat ini, ia lebih menyerupai persembahan maklumat di dalam sebuah

                       buku.  Produk  multimedia  mestilah  mempunyai  sifat  Navigasi  (Navigation  Tools),  di  mana  navigasi
                       merupakan sebarang ikon, butang, “hot spot” atau peralatan yang aktif. Aktif di sini bermaksud ikon
                       ataupun butang tersebut berupaya untuk menghubungkan pengguna dalam produk multimedia tersebut
                       (contoh  halaman  web).  Cara  persembahan  maklumat  bersifat  interaktif.  Di  mana  pengguna  boleh
                       berinteraksi  dan  mengawal  persembahan  maklumat  tersebut.  Tanpa  sifat  ini,  ia  lebih  merupakan

                       persembahan tanpa interaksi seperti TV.



                       2. PENUTUP DAN CADANGAN

                       Pengkaji telah diberi maklum oleh staf di Syarikat Taliworks (Langkawi) Sdn. Bhd. bahawa Syarikat ini
                       mempunyai satu laman web rasmi di mana memaparkan segala maklumat syarikat seperti latar belakang,
                       nombor telefon untuk membuat sebarang aduan, visi dan misi dan kegiatan yang dijalankan. Walaupun
                       begitu, kebanyakan penduduk tidak mengambil berat tentang kewujudan laman web tersebut sehingga

                       ada yang terpaksa pergi sendiri ke syarikat untuk membuat aduan. Hal ini bukan sahaja memakan masa
                       penduduk untuk pergi ke syarikat itu malah staf di situ juga akan berusaha untuk memberi inisiatif yang
                       mudah kepada penduduk untuk berhubung dengan mereka kelak. Hal ini demikian kerana pada bulan
                       Februari yang lalu, masalah ketiadaan air menjadi satu masalah besar kepada penduduk Langkawi kerana
                       sumber air merupakan keperluan yang sangat penting untuk menjalani kehidupan seharian. Penduduk
                       Langkawi berpusu-pusu menelefon syarikat air ini untuk memaklumkan hal ketiadaan air. Perkara ini
                       agak sukar kepada staf untuk menerima maklumat secara terperinci dan lokasi yang tiada air tersebut.

                       Dengan  adanya  laman  web  tersebut,  penduduk  boleh  membuat  aduan  secara  atas  talian  tanpa  perlu
                       berhubung sendiri di kaunter kerana sekarang ini semuanya hanya di hujung jari. Selain itu, penduduk

                                                           10
   5   6   7   8   9   10   11   12   13   14   15