Page 14 - Seminar Isu Semasa – Multimedia (2020)
P. 14

Seminar Isu Semasa – Multimedia (2020)


                          teknologi dan akal fikiran khususnya dalam bidang multimedia ini mampu mewujudkan suasana
                          pembelajaran  yang  baik,  berkesan  dan  lebih  menarik.  Sebagai  buktinya,  pelbagai  aplikasi  yang
                          berkaitan  dengan  pendidikan  telah  banyak  dicipta  pada  masa  kini.  Pada  masa  kini,  bidang

                          multimedia  tidak  terhad  pada  bidang  pendidikan  sahaja.  Ianya  turut  meliputi  dalam  bidang
                          perbankan, perniagaan, hiburan dan sebagainya. Umumnya, bidang multimedia ini terdiri daripada
                          pelbagai jenis media dalam satu perisian yang mana ianya telah dapat memudahkan tugas tenaga
                          pengajar dalam menyampaikan bahan pembelajaran mereka kepada para pelajar.

                       1.2  Pendidikan


                          Pendidikan  merupakan  salah  satu  aspek  terpenting  dalam  sesebuah  negara.  Pendidikan  dilihat
                          mampu mengubah negara kepada tahap yang lebih baik dari segi peningkatan ekonomi, budaya,
                          politik,  social  dan  sebagainya.  Dengan  adanya  pendidikan,  kehidupan  manusia  boleh  berubah
                          menjadi lebih baik. Pendidikan juga merupakan asas penting dalam kehidupan seseorang. Menurut
                          Swift D.F di dalam bukunya “Sociology of Education” menghuraikan pendapat-pendapat yang telah
                          dikemukan oleh beberapa sarjana dari ilmuan Barat berkenaan dengan pendidikan. Antaranya ialah

                          Plato. Plato berpendapat, pendidikan adalah suatu proses untuk membentuk individu yang berakhlak
                          mulia.  Beliau  menyokong pendapat  Socrates  bahawa  tujuan  pendidikan  adalah memberi  latihan
                          moral yang baik. Menurut Aristotle pula, pendidikan adalah ilmu yang bersifat etikal dan politikal.
                          Menurut beliau, tujuan pendidikan diwujudkan adalah untuk memberi setiap manusia peluang untuk
                          mencapai kebahagian hidup.  Mok Soon Sang di dalam bukunya “Pendidikan di Malaysia”  telah
                          merumuskan bahawa pendidikan adalah merupakan suatu proses atau aktiviti yang berusaha untuk
                          memperkembangkan  fizikal,  intelek,  sosial  dan  emosi  seseorang  individu  serta  menambah

                          kemahiran, kebolehan, pengetahuan dan pengalaman supaya dapat memberi kegembiraan, faedah
                          dan kemajuan  dalam  kehidupan.  Oleh  itu,  dari apa  yang  boleh  kita  lihat adalah,  pendidikan  ini
                          berupaya untuk mengubah corak kehidupan seseorang untuk menjadi lebih baik. Selain itu, melalui
                          pendidikan juga dapat membentuk masyarakat mempunyai berakhlak tinggi, tingkah laku yang baik,
                          berpengetahuan luas, bijaksana dalam membuat keputusan dan tegas dan seterusnya dapat memacu
                          kegemilangan dan kecermalangan sesebuah Negara.


                       2.  Perbincangan


                       Penggunaan teknologi merupakan satu isu yang amat penting dalam pendidikan masa kini. Pada suatu
               ketika dahulu, tenaga pengajar lebih banyak bergantung pada bahan yang diambil dari buku teks, akhbar, majalah,
               buku rujukan dan pelbagai bahan bercetak untuk membantu mereka dalam sesi pengajaran didalam kelas. Tetapi

               kini, teknologi telah banyak membantu tenaga pengajar dalam meningkatkan lagi teknik pengajaran mereka di
               dalam kelas. Para pelajar pada masa kini juga telah banyak didedahkan dengan berbagai teknologi moden yang
               serba  canggih,  malah  teknologi  adalah  merupakan  antara  perkara  penting  yang  diperlukan  dalam  kehidupan
               seharian  mereka.  Perkembangan  teknologi  kini  telah  menyediakan  lebih  banyak  maklumat  secara  dinamik
               berasaskan media berbanding kaedah pengajaran yang biasa digunakan oleh tenaga pengajar. Antaranya adalah


                                                           14
   9   10   11   12   13   14   15   16   17   18