Page 11 - BUKU PENGURUSAN 2019 _PC VIEW
P. 11
SEJARAH SEKOLAH
1908 Penduduk Kampung Teluk Buloh mengadakan kelas mengaji yang bertempat di
masjid. Bilangan murid adalah seramai 20 orang yang diajar seorang guru bernama Cikgu
Mohd. Ali.
1920 Cikgu Hassan menggantikan tempat Cikgu Mohd. Ali yang meninggal dunia.
Bangunan masjid digunakan selama 20 tahun lamanya. Timbul krisis antara penduduk
tempatan mengenai tempat belajar. Imam masjid bernama Md. Isa bin Osman
memindahkan kelas tersebut di bawah rumahnya.
1929 Tok Imam Md. Isa b. Osman mendirikan sebuah sekolah, dibantu oleh penduduk
tempatan di atas, tanah milik Encik Mohd. Yusuf bin Kulup. Bangunan itu berukuran 16 x
33 kaki persegi. Bangunan bertiangkan kayu bulat, beratap nipah, berdindingkan Topas
dan berlantaikan papan. Bilangan murid adalah seramai 40 orang yang masih diajar oleh
Cikgu Hassan dan dibantu seorang penolong. Bangunan ini digunakan selama empat
tahun.
1933 Kerajaan mendirikan sebuah sekolah dengan keluasan 32 x 22 kaki persegi.
Bangunan ini beratapkan nipah, berdindingkan papan dan berlantaikan simen. Bangunan
ini didirikan di tanah kerajaan berhampiran Simpang Tiga, Teluk Buloh. Bilangan
muridnya 54 orang. Cikgu Hassan dilantik menjadi Guru Besar dan dibantu oleh dua
orang guru penolong. Setelah Cikgu Hassan bertukar tempat beliau diganti oleh Encik
Othman b. Md. Daya.
Zaman Sekolah terbiar dan tidak digunakan sehingga bangunan ini runtuh.
Jepun
1947 Penduduk kampung bergotong royong mendirikan sebuah sekolah yang diketuai oleh Tok
Sidang Haji Mulkan. Bangunan ini bertiang nibung dan batang pinang, beratap nipah dan
berdinding topas. Bangunan ini didirikan di tapak lama di lot 4332 dengan keluasan tanah
3A 2R 15P dan berukuran 48 x 15 kaki persegi. Bangunan ini dirasmikan oleh
Datuk Penghulu Besar dan dibantu oleh Cikgu Othman Bin Ngah Abd. Rahman.
Bangunan sekolah ini digunakan sehingga tahun 1954.
2 Januari Seramai 111 orang murid belajar di sekolah ini.
1949
13 Mac Penolong Nazir Sekolah Perak Selatan melawat sekolah. Dalam catatan beliau
1951 menyatakan bahawa orang-orang kampung akan memperbaiki bangunan sekolah
yang hampir roboh dengan perbelanjaan sebanyak RM 500 - RM1,000 juga tercatat
kehadiran pelajar pada hari itu seramai 102 daripada 140 dan empat orang guru
penolong. Kehadiran pelajar yang tidak memuaskan disebabkan oleh kekacauan di
kampung yang yang berlarutan selama empat tahun.
17 April Sekolah sekali lagi didatangi Guru Pelawat. Dalam catatan beliau, sekolah lama 1951
telah diruntuhkan dan digantikan dengan bangunan baru yang lebih besar. Bangunan
itu berkeluasan 61.5 x 25.5 kaki persegi. Ia menelan belanja lebih kurang RM 1000.00
bilangan murid sebanyak 145 orang.
SK TELUK BULOH, 2019 9