Page 12 - BUKU PENGURUSAN 2019 _PC VIEW
P. 12

13 Mei         Sekolah  dilawati oleh E.C. Hiks 15.1 of  Southern Perak. Dalam catatan beliau, beliau 1951
                              menyatakan  akan  berunding dengan AIMS Teluk Intan mengenai tandas dan padang
                              bola untuk  kemudahan warga sekolah.

               1 April        Sekolah  baru  didirikan  di  4889  dan  4890 seluas 3 ekar. Bangunan ini berkeluasan 1954
                              120  x  20  kaki  persegi. Bilangan  murid  sebanyak  180  orang  dan tenaga pengajar
                              seramai 4 orang.

               Julai          Bangunan  ini disambung  sepanjang 60 kaki. keluasan  bangunan  ialah 180x20 kaki 1959
                              persegi. Pembinaan  bangunan baru  dua   tingkat  juga  sedang  giat  dijalankan  dan
                              merupakan Projek Pinjaman Bank  Dunia.

               Oktober        Bangunan  ini  telah  siap  50  %.  Projek  bangunan  sekolah  ini  menelan  belanja  sebanyak
               1979           $ 169,000.00. Encik Md. Ali bin Md. Din merupakan pangasas bangunan ini Bangunan
                              Ini  mengandungi  enam  bilik darjah, dua bilik  pelbagai guna, pejabat,  stor, bilik guru
                              dan  tandas. Api  dan  air  juga  dibekalkan. Sekolah ini juga  dipagar dan  mempunyai
                              sebuah kantin.

               31 Disember    Penyerahan  anak kunci dan pengambilan alihan bangunan  sekolah baru dilakukan di 1981
                              antara pihak JKR No. 1005 dan kantin JKR No. 1007 dengan Jabatan Pelajaran.

               5 Januari      Bangunan  sekolah   baru  ini  mula  digunakan  dan  sesi  persekolahan  pagi  sahaja. 1982
                              Seramai 265 orang pelajar belajar di sekolah ini.

               6 Jun 1983     Bangunan  baru  ini  telah  dirasmikan  oleh  Menteri Besar Perak iaitu Encik Ramli bin
                              Ngah  Talib  AMN. PCM. Bilangan murid meningkat kepada 354 orang.

               1990           Sebuah  bangunan  rumah  guru  empat  pintu  dibina. Bangunan  ini yang  merupakan
                              Projek  gotong royong  daripada Kementerian Pendidikan Malaysia. Bangunan ini telah
                              menelan belanja sebanyak $ 50,000.00.

               1996           Sebuah  bangunan    tambahan    dibina.  Bangunan  ini  yang  mengandungi   tiga  buah  bilik
                              darjah  telah   menelan  belanja  sebanyak 126  ribu  ringgit. Bangunan  ini  merupakan
                              projek  di bawah  JKR.

               2003           Sekolah   Kebangsaan   Teluk   Buloh  terpilih   menerima  sebuah  bangunan  Makmal
                              Komputer fasa kedua ini didirikan bersebelahan dengan rumah guru.

               2006           Bangunan rumah guru di  belakang  sekolah dirobohkan dan diganti dengan Bangunan
                              PRA  Sekolah untuk  kemudahan  murid-murid berumur 5 dan 6 tahun untuk mendapat
                              pendidikan awal di sini.

               2007           Bangunan    enam    pintu    yang    menempatkan  kedai  buku,  Bilik SPBT,  Bilik Sains,  Bilik
                              Kemahiran  Hidup, Bilik Muzik dan stor  Pendidikan Jasmani dibina  sendiri  oleh Encik
                              Ahmad Ai’ni yang merupakan kakitangan  dan sekolah ini dan dibantu oleh kakitangan -
                              kakitangan swasta yang bekerja di sini.









               SK TELUK BULOH, 2019                                                                         10
   7   8   9   10   11   12   13   14   15   16   17