Page 104 - LAPORAN ROKKS FRONT COVER
P. 104

KERTAS KERJA SAYEMBARA KEMERDEKAAN

                                       PERTANDINGAN DEKLAMASI SAJAK
                                                  BAHASA MELAYU
                                 PERINGKAT SEKOLAH SMK RAJA ABDULLAH
                                                     TAHUN 2022


               1.0     PENDAHULUAN


               Pertandingan Deklamasi Sajak Bahasa Melayu ini diadakan sebagai latihan dalam membina

               kemahiran  berbahasa  murid.  Bersempena  bulan  kemerdekaan  pada  tahun  2022  ini,
               Sayembara Deklamasi Sajak pada kali ini diharap dapat menyemai dan menjiwai semangat

               kemerdekaan dan patriotisme terhadap negara dalam kalangan murid.  Aktiviti ini juga akan
               dapat melatih seseorang untuk berkarya dengan menggunakan bahasa yang berseni dan indah

               serta menyampaikannya dengan gaya yang menarik dan meyakinkan. Justeru pertandingan
               deklamasi  sajak  ini  dijalankan  untuk  memastikan  kemahiran  seni  ini  tidak  terus  lenyap

               ditelan zaman.


               2.0       OBJEKTIF

                       2.1 Meningkatkan mutu dan prestasi murid dalam penguasaan Bahasa Melayu.
                       2.2 Melahirkan murid yang kreatif dan inovatif.

                       2.3 Mencungkil bakat murid dalam menyampaikan sajak.
                       2.4 Memilih wakil sekolah untuk pertandingan peringkat bahagian.



                3.0    TARIKH DAN TEMPAT
                      3.1  Tarikh    : 26 Ogos 2022

                        3.2  Tempat  : Dewan Sri Murni
                        3.3  Masa    : 10.30 Pagi – 12.30 Tengah Hari



               4.0     SASARAN PENYERTAAN
                       4.1 Pertandingan deklamasi sajak ini terbuka kepada semua murid Tingkatan 1 hingga

                          Tingkatan  5  SMK  Raja  Abdullah.  Setiap  kelas  hanya  boleh  menghantar  dua
                          hingga empat orang peserta sahaja.









                                                           97
   99   100   101   102   103   104   105   106   107   108   109