Page 105 - LAPORAN ROKKS FRONT COVER
P. 105
5.0 ANJURAN
Aktiviti ini dianjurkan bersama oleh:
5.1 Guru-guru SMK Raja Abdullah
5.2 Panitia Bahasa Melayu SMK Raja Abdullah
5.3 Panitia Geografi SMK Raja Abdullah
6.0 SYARAT PENYERTAAN
6.1 Penyertaan adalah secara individu.
6.2 Peserta digalakkan untuk menggunakan karya sendiri atau menggunakan karya
sedia ada tanpa sebarang pengubahsuaian demi menjaga hak cipta terpelihara
pihak terbabit. Sekiranya peserta menggunakan karya sedia ada, kredit kepada
penulis asal perlulah dinyatakan.
6.3 Karya tidak boleh mengandungi unsur-unsur negatif serta menyentuh sensitiviti
bangsa, agama, kaum dan mana-mana pihak.
6.4 Durasi deklamasi sajak secara keseluruhannya mesti tidak kurang dari 2 minit dan
tidak melebihi 5 minit.
6.5 Peserta wajib menggunakan laras bahasa Melayu standard.
6.6 Peserta digalakkan untuk menghafal dan menghayati sajak yang ingin
dideklamasikan.
6.7 Peserta dibenarkan memakai kostum atau pakaian yang bersesuaian dengan tema
sajak tetapi tidak memberi sebarang markah.
6.8 Peserta disarankan untuk mematuhi peraturan yang ditetapkan dalam butiran 6.4
dan 6.5 supaya markah tidak terjejas.
7.0 ISI SAJAK
7.1 Isi sajak haruslah mengandungi pendapat yang membina dan mempunyai salah
satu daripada nilai yang berkaitan:
a. Perpaduan dan budaya
b. Kebudayaan pelbagai kaum di Melayu tetapi tidak menyentuh isu-isu politik,
agama atau hal-hal perkauman yang negatif
c. Kesopanan dan kesusilaan
d. Patriotisme
98