Page 70 - LAPORAN ROKKS FRONT COVER
P. 70

3.2.2.  Kantin Sekolah

                     i.   Guru Penyelaras Kantin bertanggungjawab memastikan bahawa pengusaha kantin
                          mengamalkan  kebersihan  dalam  penyediaan,  penjualan  dan  menjaga  seluruh

                          kawasan kantin.
                     ii.   Guru Penyelaras Kantin perlu membuat laporan harian kepada PK HEM dengan

                          menyemak Buku Pemeriksaan Kendiri yang dibekalkan oleh JPN.

                    iii.   Guru Penyelaras Kantin perlu membuat laporan kepada PK HEM atau pentadbir
                          lain jika berlakunya kes keracunan makanan di kantin sekolah.

                    iv.   Pihak pentadbir sekolah perlu melaporkan kes keracunan makanan ke JPN Kelantan
                          dengan kadar segera sebaik sahaja menerima aduan daripada murid.

                     v.   Guru-guru juga bertanggungjawab menasihatkan para murid supaya mengamalkan

                          pemakanan seimbang dan tidak menggalakkan murid membeli makanan daripada
                          penjual diluar kawasan sekolah.

                    vi.   Guru Disiplin serta Guru Bertugas Harian hendaklah berada di kantin bersama-
                          sama pengawas bertugas untuk mengawal disiplin murid semasa waktu rehat.

                   vii.   Murid tidak dibenarkan membeli makanan/minuman di luar waktu rehat kecuali
                          dengan kebenaran khas.


                    3.2.2   Bahan Pengurusan Kantin (rujuk lampiran C):


                     i.   Borang Senarai Semak Pemantauan Kantin Sekolah
                     ii.   Borang Laporan Harian Kendiri Kantin








































                                                           64
   65   66   67   68   69   70   71   72   73   74   75