Page 38 - SK IPGM PERLIS MANUAL PENGURUSAN
P. 38
SK IPGM PERLIS MANUAL PENGURUSAN 2019
lain.
3. Guru tidak boleh membenarkan murid berada di bilik guru tanpa sebarang
urusan.
4. Kebersihan dan harta benda di bilik guru tanggungjawab bersama.
5. Guru yang terakhir meninggalkan bilik guru hendaklah memastikan semua
peralatan elektrik dipadamkan dan semua pintu dikunci.
6. Guru juga tertakluk kepada peraturan bilik guru yang sedia ada.
1.10 MASALAH PERJAWATAN DAN PENGAJARAN
1. Guru yang menghadapi masalah dalam perjawatannya hendaklah berurusan
dengan Ketua Pembantu Tadbir atau Guru Besar.
2. Guru yang menghadapi masalah dalam PdPc bolehlah berurusan dengan
ketua panitia, Guru Cemerlang atau Penolong Kanan.
1.11 TUGAS BARU
1. Tugas guru diberikan dalam bidang kurikulum, kokurikulum, Hal Ehwal Murid
dan juga pentadbiran. Tugas ini hendaklah dilaksanakan dengan dedikasi
dan bertanggungjawab.
2. Sekiranya guru diarah menghadiri mesyuarat atau taklimat di JPN/ sekolah
lain hendaklah dipatuhi. Penggantian hendaklah dalam pengetahuan pihak
pentadbir. Sebarang ketidakhadiran tanpa alasan hendaklah
mengemukakan surat tunjuk sebab.
3. Guru yang mewakili sekolah dalam mesyuarat hendaklah mengemukakan
minit curai atau melaporkannya kepada Guru Besar untuk tindakan
selanjutnya seperti mengadakan ”In House Training” kepada guru lain.
1.12 BUKU REKOD MENGAJAR (BRM) / FAIL
1. Keselamatan, kekemasan, kesempurnaan BRM/Fail adalah tanggungjawab
guru berkenaan. BRM/Fail yang lengkap hendaklah dihantar pada setiap
hujung minggu hari Jumaat mengikut jadual yang ditetapkan.
2. Guru yang bercuti atau bertukar hendaklah menyerah BRM/Fail kepada
Penolong Kanan untuk urusan pengganti.
3. Setiap akhir tahun persekolahan, BRM/Fail hendaklah diserah ke pejabat
sekolah.
1.13 JADUAL WAKTU MENGAJAR
1. Guru hendaklah mematuhi jadual waktu yang disediakan dan disahkan untuk
dikuatkuasakan.
2. Guru tidak dibenarkan mengubah jadual waktu yang ditetapkan tanpa
kebenaran.
3. Guru kelas hendaklah menyediakan satu salinan jadual waktu untuk
38