Page 41 - SK IPGM PERLIS MANUAL PENGURUSAN
P. 41
SK IPGM PERLIS MANUAL PENGURUSAN 2019
1.23 KEAHLIAN KELAB GURU / PIBG
Semua guru secara automatik menjadi ahli kelab guru dan PIBG.
1.24 ARAHAN DAN PEKELILING
1. Setiap arahan dan pekeliling yang dikeluarkan oleh Guru Besar hendaklah
dibaca dengan teliti dan dipatuhi serta ditandatangani selepas dibaca.
2. Sekiranya arahan dan pekeliling itu diberi terus, guru hendaklah
menyimpannya di dalam fail khas.
1.25 PENGGUNAAN ALAT-ALAT DAN BILIK KHAS
1. Penggunaan alatan sekolah hendaklah mengikut peraturan yang ditetapkan.
2. Mestilah mendapatkan kebenaran daripada penjaga stok dan direkodkan.
3. Hendaklah digunakan dengan baik dan memulangkan kembali dengan segera
dalam keadaan baik. Kerosakan hendaklah dilaporkan dengan segera untuk
tujuan baik pulih atau penggantian.
1.26 TELEFON
1. Penggunaan telefon sekolah hanyalah untuk urusan rasmi sahaja. Guru atau
staf sekolah tidak dibenarkan menggunakan telefon sekolah untuk urusan
peribadi
2. Guru dilarang menggunakan telefon bimbit semasa proses pengajaran dan
pembelajaran dalam bilik darjah dan semasa mesyuarat.
1.27 KUNCI
1. Semua kunci mestilah disimpan di pejabat. Guru yang menggunakan kunci
hendaklah mengisi buku rekod peminjaman di pejabat.
2. Guru-guru yang hendak menyimpan kunci di bilik-bilik tertentu mestilah
mendapatkan kebenaran daripada Guru Besar dan mendaftar nama di dalam
buku khas di pejabat sekolah.
1.28 BUKU STOK /INVENTORI
1. Ketua Panitia atau ketua unit bertanggungjawab menguruskan buku stok /
inventori dan memastikan maklumat dalam buku stok atau inventori adalah
tepat, lengkap dan sentiasa dikemas kini.
2. Guru Kanan Mata pelajaran / Ketua Pembantu Tadbir akan menyemak buku
stok /inventori ini dari masa ke masa, dan dihantar ke pejabat setiap hujung
tahun untuk disahkan oleh Guru Penolong Kanan / Guru Besar.
41