Page 4 - SK IPGM PERLIS MANUAL PENGURUSAN
P. 4

SK IPGM PERLIS                                  MANUAL PENGURUSAN              2019










               Assalamulaikum WBT.

               Guru-guru yang dikasihi dan dirahmati Allah S.W.T.

                       Segala puji bagi Allah S.W.T. dan selawat serta salam buat junjungan besar
               kita Nabi Muhammad S.A.W.
                       Bersyukur  ke  hadratNya  kerana  dipertemukan  lagi  untuk  sesi  persekolahan
               tahun 2019. Terima kasih kerana untuk memilih untuk berada di Sekolah Kebangsaan
               Institut  Pendidikan  Guru  Malaysia  (IPGM),  dan  masih  berhasrat  untuk  bersama
               dengan saya. Bersama-sama menongkah arus perjuangan pendidikan yang suci dan
               murni demi untuk kecemerlangan anak-anak didik SK IPGM.
                       Perubahan,  cabaran  dan  revolusi  kini  menuntut  semua  pihak  terutama
               pemimpin  sekolah  merancang  dan  memikirkan  strategi  terbaik  bagi  menangani
               perubahan-perubahan tersebut agar usaha kerajaan untuk melahirkan modal insan
               cemerlang, generasi berilmu berpengetahuan dan berketerampilan serta seimbang
               seperti yang dihasratkan melalui Falsafah Pendidikan dan sejajar dengan harapan
               menuju arah Sekolah Berprestasi Tinggi dapat direalisasikan.
                       Sokongan  padu  dari  semua  pihak  amat  diperlukan  agar  impak  yang  bakal
               diperolehi dapat memberi manfaat dan peluang yang maksimum terutama di kalangan
               anak-anak didik demi untuk kecemerlangan organisasi SK IPGM.
                       Kecemerlangan adalah terhasil daripada sikap ingin melakukan yang terbaik
               dan terhebat dari hati yang tulus ikhlas.
                       Selamat  menjalankan  tugas  dan  tanggungjawab  yang  diamalkan  dengan
               dedikasi dan semangat berpasukan. Semoga VISI & MISI kita, SK IPGM berada di
               antara 5 buah sekolah cemerlang di negeri Perlis, diteruskan pada tahun 2019 ini.
                       Pastikan setiap perlakuan kita mendapat keredhaan daripada Allah S.W.T. dan
               sentiasa berada dalam rahmat-Nya.
                       Setinggi-tinggi  penghargaan  kepada  semua  yang  terlibat  dalam  penyediaan
               Buku Manual Pengurusan sekolah tahun 2019 ini.


               “TERIMA KASIH CIKGU”



               ..................................................
               ( NOR SHARMILA BT SHAARI )
               Guru Besar,
               SK. Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM),
               Perlis



                                                            4
   1   2   3   4   5   6   7   8   9