Page 5 - SK IPGM PERLIS MANUAL PENGURUSAN
P. 5
SK IPGM PERLIS MANUAL PENGURUSAN 2019
RBA 0091
SEK. KEB. INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA (IPGM) PERLIS
JALAN BEHOR PULAI,
01000 KANGAR, PERLIS TEL : 04-9470503
FAX: 04-9765000
‘ILMU PEMANGKIN GENERASI MULIA’
Ruj.Tuan :
Ruj.Kami : IPGM: 02/04/005( )
Tarikh : 2 Jan 2019
En. / Pn. / Cik: ………………………………………….
SK. Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM)
Jalan Behor Pulai,
01000 Kangar, Perlis
PELANTIKAN SEBAGAI AJK UNIT PENTADBIRAN, UNIT KURIKULUM, UNIT HEM DAN
UNIT KOKURIKULUM SK IPGM 2019.
Berhubung perkara di atas, dimaklumkan bahawa dengan kuasa yang diberikan kepada saya
oleh Seksyen 30 Akta Pendidikan 1996 seperti termaktub dalam Peraturan (4) Warta Kerajaan
bertarikh 21 Mei 1996 P.U ( A ) 1996 bahawa tuan telah dilantik sebagai AJK dan Guru
Penasihat bagi 5 bidang di sekolah ini iaitu :
i) Unit Pentadbiran
ii) Unit Kurikulum
iii) Unit Hal Ehwal Murid
iv) Unit Kokurikulum
2. Senarai tugas dan tanggungjawab tuan ada disenaraikan dalam Buku Manual
Pengurusan Tahun 2019 ini .
3. Semoga dengan pelantikan ini dapat tuan menjalankan tugas dan tanggungjawab
dengan lebih efisien untuk meningkatkan prestasi profesionalisme dan bidang pendidikan
amnya .
Sekian, terima kasih.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menurut perintah,
.........................................................
( NOR SHARMILA BT SHAARI )
Guru Besar,
SK. Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM)
Kangar, Perlis
s.k. Tuan Pengarah Pelajaran Perlis (Unit Sekolah Rendah)
5