Page 86 - SK IPGM PERLIS MANUAL PENGURUSAN
P. 86
SK IPGM PERLIS MANUAL PENGURUSAN 2019
17.1. Semua Panitia mata pelajaran disarankan membuat satu kajian
tindakan setiap tahun.
17.2. Kajian tindakan yang berkualiti akan dihantar ke jabatan untuk penyertaan
sekolah.
18.0. DASAR PENGGUNAAN KERTAS UNTUK PDP DAN PEPERIKSAAN
18.1. Guru-guru dinasihatkan mengamalkan dasar penjimatan dengan
menggunakan Font Century Gothic 10 bagi Tahap 1 dan Times New
Roman 10 bagi Tahap 2 dan set-up kertas left & right 0.5 dan top &
bottom pada 0.5
18.2. Percetakan lembaran kerja dan kertas soalan menggunakan mesin
fotostat yang disewa.
19.0. TARGET PEPERIKSAAN AWAM DAN DALAMAN
19.1. Peperiksaan dalaman – semua murid lulus setiap mata pelajaran.
19.2. UPSR - Kuantiti Lulus Keseluruhan 100% Kualiti Lulus Cemerlang
Keseluruhan 50%
20.0. PENYERTAAN PERTANDINGAN LUAR AKADEMIK
20.1. Meningkatkan penyertaan dalam pertandingan berbentuk akademik di
peringkat Daerah, Negeri dan Kebangsaan.
20.2. Guru-guru dan murid juga digalakkan mengambil bahagian dalam
pertandingan yang dianjurkan oleh agensi-agensi luar ke arah
memartabatkan nama sekolah.
21.0. PENENTUAN DAN PERUBAHAN DASAR KURIKULUM
21.1. Penentuan dasar yang ditetapkan tidak akan berubah sehingga
berlaku keperluan pendidikan negara .
21.2. Perubahan boleh dilakukan dari semasa ke semasa mengikut
keputusan pentadbir melalui mesyuarat pengurusan dan mesyuarat
kurikulum.
22.0 DASAR MBMMBI DI SEKOLAH
22.1. Dasar MBMMBI dilaksanakan di sekolah melalui pendekatan
mengembalikan peranan bahasa Malaysia sebagai bahasa PdPc Sains
dan Matematik.
22.2. Meningkatkan penguasaan bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris melalui
pelaksanaan tambahan waktu pdp, transformasi kurikulum, peningkatan
84