Page 81 - SK IPGM PERLIS MANUAL PENGURUSAN
P. 81
SK IPGM PERLIS MANUAL PENGURUSAN 2019
11.6.4. Maklumat terperinci murid berkenaan perlu disalurkan kepada PK1, HEM
dan Kaunselor Sekolah.
11.7. Pentaksiran Berasaskan Sekolah
11.7.1. Semua Ketua Panitia perlu memastikan perlaksanaan PBS mengikut
tempoh yang ditetapkan.
11.7.2. Mana-mana murid yang berpindah perlu dipastikan fail PBS dibawa
bersama untuk mengelak masalah di sekolah baru murid berkenaan.
11.7.3. Dokumentasi berkaitan PBS hendaklah difailkan ke dalam fail berkaitan
serta boleh dikemukakan dengan serta merta apabila diminta oleh
pencerap dalaman atau dari JPN, PPD dan Jemaah Nazir untuk tujuan
pencerapan dan pemantauan tanpa gagal.
11.7.4. Isi kandungan fail berkaitan PBS adalah sebagaimana format dan
tatacara pengurusan yang telah ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan
Malaysia yang telah didedahkan kepada semua guru melalui kursus
anjuran Jabatan Pelajaran Perlis serta melalui kursus dalaman anjuran
sekolah. Format atau tatacara pengendalian fail PBS adalah sebagaimana
yang telah didedahkan oleh Guru Besar (Format tersebut boleh dimuat
turun dari menu muat turun "Rupa & Isi Fail PBS).
12.0. PEMANTAUAN
12.1. Pengajaran dan Pembelajaran
12.1.1. Pengajaran dan Pembelajaran Guru/ murid di bilik darjah akan dicerap 3
kali dalam setahun secara rasmi.
12.1.2. Guru-guru akan dicerap oleh Guru Besar dan Penolong-penolong Kanan
serta Ketua Panitia.
12.1.3. Jadual Induk pencerapan akan dikeluarkan setiap tahun.
12.1.3. Guru dinasihatkan berbincang untuk menetapkan tarikh dan masa yang
sesuai untuk dicerap.
12.1.4. Ketua-ketua Panitia juga digalakkan mencerap guru-guru di bawah panita
masing-masing.
12.1.5. Semua Penolong Kanan dan Guru Kanan akan dicerap oleh Guru Besar.
79