Page 77 - SK IPGM PERLIS MANUAL PENGURUSAN
P. 77
SK IPGM PERLIS MANUAL PENGURUSAN 2019
semasa untuk memastikan guru berada di dalam arus dan kehendak
sistem pendidikan semasa agar dapat memberi khidmat kepada setiap
murid selaras dengan hak mereka sebagai pelanggan.
3.4. Pada sebilang masa, program-program akademik diutamakan. Ini bermakna
sekiranya program akademik bertembung dengan program lain, laluan untuk
program akademik hendaklah diberikan keutamaan.
4.0 MESYUARAT
4.1. Jawatankuasa Kurikulum akan bermesyuarat minimum 4 kali setahun
mengikut standard piawaian Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan
Pelajaran Negeri Perlis.
4.2. Isi kandungan mesyuarat mengikut garis panduan yang diberikan.
4.3. Mesyuarat Panitia – minimum 4 kali setahun dan minit mesyuarat hendaklah
siap dan diedarkan kepada semua ahli dalam tempoh 7 hari bekerja dan
difailkan ke dalam Fail panitia masing-masing.
4.4. Surat Panggilan Mesyuarat diedarkan kepada semua guru minimum 2 hari
sebelum tarikh mesyuarat dijalankan.
4.5. Kehadiran bagi setiap mesyuarat adalah wajib kecuali dengan pelepasan
dan kebenaran guru besar sahaja.
5.0 SISTEM FAIL
5.1. Jenis fail diselaraskan kepada “hard file”.
5.2. Nama fail hendaklah dilabel secara melintang pada tetulang fail dan
nombor rujukan fail hendaklah dilabel pada kulit hadapan fail di bucu atas
sebelah kanan dan nombor rujukan fail hendaklah selaras dengan nombor
dari buku daftar fail sekolah.
5.3. Semua fail panitia diletakkan di bilik Penolong Kanan Pentadbiran, ketua
panitia hanya menyimpan salinan fail sebagai “desk copy”.
5.4. Kandungan Fail:
Isi kandungan fail Indeks, carta organisasi, profil jawatankuasa (cetak dari
Emis) takwim panitia, kewangan dan perancangan perbelanjaan, surat-surat
pekeliling, surat panggilan mesyuarat, minit mesyuarat, program
peningkatan mata pelajaran, pelan perancang strategik, taktikal dan operasi,
laporan program peningkatan mata pelajaran. Sukatan Pelajaran terkini, Huraian
Sukatan Pelajaran, modul atau bahan edaran kursus yang dibekalkan.
6.0 MATA PELAJARAN YANG DILULUSKAN
6.1. Sistem KSSR :
Modul Teras Asas : Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik,
Pendidikan Islam, Pendidikan Moral,Pendidikan
Jasmani
dan Pendidikan Kesihatan.
Modul Teras Tema : Dunia Seni Visual, Dunia Sains dan Teknologi dan
Dunia Muzik.
Modul Elektif : Bahasa Arab.
75