Page 76 - SK IPGM PERLIS MANUAL PENGURUSAN
P. 76

SK IPGM PERLIS                                  MANUAL PENGURUSAN              2019



                                          VISI DAN MISI UNIT KURIKULUM


                        ‘MENJADIKAN SEKOLAH KEBANGSAAN IPGM

                   SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI MENJELANG 2021”




                          ●  MEMBERI PENDIDIKAN BESTARI DAN BERKUALITI  DALAM BIDANG

                              KURIKULUM
                          ●  MENINGKATKAN PRESTASI AKEDEMIK  MURID  KE TAHAP

                              CEMERLANG
                          ●  MENEKANKAN KEPATUHAN PADA NEGARA DAN PENCIPTA



               1.0. LATAR BELAKANG

               Kurikulum adalah ’core business’ bagi setiap guru dan murid-murid yang belajar di
               sekolah  ini.  Penetapan  dasar  ini  mengambil  kira  kehendak,  keperluan  dan
               matlamat  Kementerian  Pelajaran  Malaysia,  aspirasi  Jabatan  Pelajaran  Negeri
               Perlis, serta matlamat, hala tuju dan piagam pelanggan sekolah ini dan sebagai
               garis  panduan  kepada  warga  SK  IPGM  Perlis  dalam  memberi  khidmat  yang
               berkualiti kepada semua murid yang merupakan pelanggan. Dan adalah menjadi
               tanggungjawab semua guru untuk mematuhi dasar-dasar yang telah ditetapkan
               tanpa kompromi.


               2.0. OBJEKTIF

               Penetapan dasar ini dilakukan bertujuan ;

               2.1. Menjadi garis panduan yang jelas kepada setiap warga sekolah.
               2.2. Memantapkan pengurusan kurikulum peringkat sekolah.
               2.3. Memenuhi standard kualiti pengurusan akademik Kementerian Pelajaran
                      Malaysia, Jabatan Pelajaran Negeri Perlis.


               3.0 DASAR

               3.1. Dasar Kurikulum Sekolah sepanjang masa mestilah selari dengan arus
                      perdana sistem dan dasar pendidikan kebangsaan.
               3.2. Kurikulum yang dilaksanakan mestilah mematuhi kehendak Kementerian
                      Pelajaran Malaysia, Jabatan Pelajaran Negeri Perlis.
               3.3. Semua guru mesti dan bertanggungjawab mendapat maklumat terkini dalam
                      pelbagai cara yang sah dan beretika mengenai pendidikan dan kurikulum



                                                           74
   71   72   73   74   75   76   77   78   79   80   81