Page 78 - SK IPGM PERLIS MANUAL PENGURUSAN
P. 78

SK IPGM PERLIS                                  MANUAL PENGURUSAN              2019



               6.2. Perhimpunan Rasmi (Isnin) adalah bukan mata pelajaran ajar. Kehadiran
                      semua guru semasa perhimpunan rasmi adalah wajib sehingga
                      perhimpunan selesai kecuali atas kebenaran guru besar.


               7.0. SUKATAN PELAJARAN, RANCANGAN TAHUNAN DAN RANCANGAN
                      PELAJARAN HARIAN SERTA PENGURUSAN BUKU PERSEDIAAN
                      MENGAJAR

               7.1. Sukatan Pelajaran Terkini yang dilaksanakan oleh Kementerian Pelajaran
                      Malaysia hendaklah diperoleh dan disimpan dalam fail panitia dan oleh
                      setiap guru.
               7.2. Semua Rancangan Tahunan hendaklah disiapkan/lengkapkan tidak lewat
                      dari 15 Januari tahun berkenaan.
               7.3. Rancangan Tahunan hendaklah disahkan oleh Guru Besar.
               7.4. Rancangan Pelajaran Harian mengandungi 5 perkara asas;
                          i) Tajuk/Isi Pelajaran
                          ii) Objektif
                         iii)  Aktiviti
                         iv) KBKK
                          v) Refleksi
               7.5. Buku Rekod Mengajar dihantar setiap hari Jumaat pada setiap minggu tanpa
                      gagal.
               7.6. Semua guru mesti membawa buku rekod persediaan mengajar, rancangan
                      tahunan dan sukatan pelajaran setiap kali masuk ke kelas untuk tujuan
                      pengajaran dan pembelajaran.
               7.7. Rancangan Pengajaran Harian hendaklah disediakan walaupun guru
                      menghadiri kursus, perancangan yang disediakan akan dijalankan oleh guru
                      yang diarahkan mengganti bagi kelas dan mata pelajaran tersebut.
               7.8. Menghabiskan Sukatan ;
                         i) Sekurang-kurangnya 3 minggu sebelum peperiksaan akhir tahun bagi
                            tahun semasa.
                         ii) Tahun 6, minggu pertama bulan Ogos bagi tahun semasa.


               8.0. JADUAL WAKTU

               8.1. Jumlah waktu setiap mata pelajaran mengikut ketetapan Akta Pendidikan
                      yang berkuat kuasa semasa.
               8.2. Tambahan waktu setiap mata pelajaran dibolehkan mengikut keperluan
                      sekolah dengan persetujuan mesyuarat kurikulum dan dilaksanakan diluar
                      jadual waktu rasmi.
               8.3. Dasar pengagihan mata pelajaran – keutamaan kepada guru opsyen dan
                      kepakaran guru.
               8.4. Jumlah waktu pengajaran maksimum guru ialah 30 waktu seminggu tidak
                      termasuk perhimpunan dan bergantung kepada pengisian waran layak bagi
                      tahun semasa.



                                                           76
   73   74   75   76   77   78   79   80   81   82   83