Page 31 - SK IPGM PERLIS MANUAL PENGURUSAN
P. 31
SK IPGM PERLIS MANUAL PENGURUSAN 2019
GARIS PANDUAN GURU BERTUGAS HARIAN
Guru bertugas harian adalah bertanggungjawab atas perkara-perkara berikut:
Perlu berada di kawasan sekolah daripada jam 7.00 pagi hingga 1.40 petang
pada hari-hari persekolahan dan mengalu-alukan kedatangan murid-murid serta
mengawasi keselamatan murid semasa datang dan balik dari sekolah.
1. Mengelolakan perhimpunan mingguan, perhimpunan harian dan
perhimpunan khas sekolah.
2. Menyampaikan sebarang pengumuman, peringatan, nasihat dan teguran
dalam perhimpunan mingguan dan harian.
3. Mengawasi keseluruhan bangunan, sekitar kawasan sekolah termasuk
kantin bagi menjamin kebersihan dan menjaga mutu makanan.
4. Membuat laporan tentang kebersihan bilik air murid dan guru serta
persekitaran bangunan sekolah.
5. Bertanggungjawab terhadap kesihatan dan keselamatan murid.
6. Menguruskan murid-murid yang memerlukan rawatan di klinik, hospital atau
keluar kawasan sekolah.
7. Mencatat dan membuat laporan apa yang berlaku setiap hari di sekolah dan
segala aktiviti sepanjang minggu di sekolah.
8. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Besar.
9. Buku laporan harian yang telah lengkap diisi hendaklah ditinggalkan di
pejabat sebelum pulang setiap hari dan mengambil semula selepas 8.30 pagi
keesokannya.
31