Page 36 - SK IPGM PERLIS MANUAL PENGURUSAN
P. 36
SK IPGM PERLIS MANUAL PENGURUSAN 2019
1.6 DASAR PROSEDUR KELUAR KAWASAN SEKOLAH
1. Semua guru / Staf Sokongan yang keluar kawasan sekolah mesti
mendapatkan kelulusan daripada Guru Besar / Penolong-penolong Kanan
(sekiranya Guru Besar tiada di sekolah) dengan mengisi borang permohonan
kelulusan keluar kawasan sekolah dan mencatatkannya ke dalam Buku
Rekod Keluar Masuk Staf dengan lengkap. Borang itu akan difailkan di
pejabat sekolah.
2. Guru / Staf Sokongan yang bertugas di luar sekolah mesti mempunyai surat
panggilan rasmi / Arahan Perjalanan dan kembali ke sekolah sebaik sahaja
urusan selesai. Guru hendaklah merakamkan / mencatatkan waktu kembali
ke sekolah. Perintah Am Bab C ( 50 ) ( a ) dan ( b ).
3. Guru / Staf Sokongan yang keluar dari kawasan sekolah tanpa kebenaran
daripada pihak pentadbir, bertanggungjawab terhadap semua risiko yang
mungkin berlaku pada dirinya. Ini mungkin termasuk hilang pampasan
insurans / pencen / lain-lain jika berlaku kemalangan. Peringatan : Waktu
sekolah adalah waktu bekerja bagi guru, maka guru mesti berada dalam
kawasan sekolah walaupun tidak menjalankan tugas pengajaran dan
pembelajaran.
4. Guru atau staf dibenarkan memulakan perjalanan dari sekolah ke tempat
mesyuarat / kursus / taklimat lebih awal bergantung kepada jarak tempat
perjalanan yang diambil. Bagi mesyuarat / kursus / taklimat / aktiviti yang
bermula seawal jam 8.00 hingga 9.00 pagi, guru atau staf bolehlah
memulakan perjalanan dari tempat mereka tinggal. Guru dikehendaki
meneruskan semula tugasnya di sekolah sekiranya masa sesi persekolahan
atau waktu pejabat masih ada lagi atau munasabah untuk menjalankan
kerjanya. Kebenaran dari Guru Besar untuk membuat ketetapan masa
bertolak pergi dan bertolak balik perlu dibuat.
1.7 DASAR PAKAIAN RASMI GURU
1. Guru Lelaki – Hendaklah kemas dan profesional
(a) Kemeja lengan panjang atau pendek yang kemas dan tidak bercorak
bunga.
(b) Pakaian “ Hawaii Style “ adalah tidak dibenarkan.
(c) Tali leher digalakkan dipakai sepanjang hari persekolahan kecuali
sewaktu berada dalam makmal dan bengkel.
(d) Tidak dibenarkan memakai jubah atau “ Baju Melayu Separa “.
(e) Mesti memakai stoking dan kasut. “ Kasut Separa “ adalah tidak
dibenarkan.
(f) Pakaian batik wajib dipakai pada setiap hari Khamis (menurut Surat
Pekeliling Ikhtisas Bil.1 / 2008)
2. Guru Wanita - Hendaklah sopan dan profesional
(a) Pakaian mesti kemas, sopan dan profesional
(b) Pakaian yang tidak dibenarkan :-
36