Page 41 - SK IPGM PERLIS MANUAL PENGURUSAN
P. 41

SK IPGM PERLIS                                  MANUAL PENGURUSAN              2019



               1.23 KEAHLIAN KELAB GURU / PIBG

                    Semua guru secara automatik menjadi ahli kelab guru dan PIBG.

               1.24 ARAHAN DAN PEKELILING

               1.  Setiap arahan dan pekeliling yang dikeluarkan oleh Guru Besar hendaklah
                    dibaca dengan teliti dan dipatuhi serta ditandatangani selepas dibaca.
               2.  Sekiranya  arahan  dan  pekeliling  itu  diberi  terus,  guru  hendaklah
                    menyimpannya di dalam fail khas.


               1.25 PENGGUNAAN ALAT-ALAT DAN BILIK KHAS

               1.  Penggunaan alatan sekolah hendaklah mengikut peraturan yang ditetapkan.
               2.  Mestilah mendapatkan kebenaran daripada penjaga stok dan direkodkan.
               3.  Hendaklah digunakan dengan baik dan memulangkan kembali dengan segera
                    dalam keadaan baik. Kerosakan hendaklah dilaporkan dengan segera untuk
                    tujuan baik pulih atau penggantian.


               1.26 TELEFON

               1.  Penggunaan telefon sekolah hanyalah untuk urusan rasmi sahaja. Guru atau
                    staf  sekolah  tidak  dibenarkan  menggunakan  telefon  sekolah  untuk  urusan
                    peribadi
               2.  Guru dilarang menggunakan telefon bimbit semasa proses pengajaran dan
                    pembelajaran dalam bilik darjah dan semasa mesyuarat.


               1.27 KUNCI

               1.  Semua kunci mestilah disimpan di pejabat. Guru yang menggunakan kunci
                    hendaklah mengisi buku rekod peminjaman di pejabat.
               2.  Guru-guru  yang  hendak  menyimpan  kunci  di  bilik-bilik  tertentu  mestilah
                    mendapatkan kebenaran daripada Guru Besar dan mendaftar nama di dalam
                    buku khas di pejabat sekolah.


               1.28 BUKU STOK /INVENTORI

               1.  Ketua Panitia atau ketua unit bertanggungjawab menguruskan buku stok /
                    inventori dan memastikan maklumat dalam buku stok atau inventori adalah
                    tepat, lengkap dan sentiasa dikemas kini.
               2.  Guru Kanan Mata pelajaran / Ketua Pembantu Tadbir akan menyemak buku
                    stok /inventori ini dari masa ke masa, dan dihantar ke pejabat setiap hujung
                    tahun untuk disahkan oleh Guru Penolong Kanan / Guru Besar.


                                                           41
   36   37   38   39   40   41   42   43   44   45   46