Page 38 - SK IPGM PERLIS MANUAL PENGURUSAN
P. 38

SK IPGM PERLIS                                  MANUAL PENGURUSAN              2019



                    lain.
               3.  Guru tidak boleh membenarkan murid berada di bilik guru tanpa sebarang
                    urusan.
               4.  Kebersihan dan harta benda di bilik guru tanggungjawab bersama.
               5.  Guru yang terakhir meninggalkan bilik guru hendaklah memastikan semua
                    peralatan elektrik dipadamkan dan semua pintu dikunci.
               6.  Guru juga tertakluk kepada peraturan bilik guru yang sedia ada.


               1.10 MASALAH PERJAWATAN DAN PENGAJARAN

               1.  Guru yang menghadapi masalah dalam perjawatannya hendaklah berurusan
                    dengan Ketua Pembantu Tadbir atau Guru Besar.
               2.  Guru  yang  menghadapi  masalah  dalam  PdPc  bolehlah  berurusan  dengan
                    ketua panitia, Guru Cemerlang atau Penolong Kanan.


               1.11 TUGAS BARU

               1.  Tugas guru diberikan dalam bidang kurikulum, kokurikulum, Hal Ehwal Murid
                    dan juga pentadbiran. Tugas ini hendaklah  dilaksanakan dengan dedikasi
                    dan bertanggungjawab.
               2.  Sekiranya guru diarah menghadiri mesyuarat atau taklimat di JPN/ sekolah
                    lain hendaklah dipatuhi. Penggantian hendaklah dalam pengetahuan pihak
                    pentadbir.     Sebarang      ketidakhadiran      tanpa     alasan     hendaklah
                    mengemukakan surat tunjuk sebab.
               3.  Guru yang mewakili sekolah dalam mesyuarat hendaklah mengemukakan
                    minit  curai  atau  melaporkannya  kepada  Guru  Besar  untuk  tindakan
                    selanjutnya seperti mengadakan ”In House Training”  kepada guru lain.


               1.12 BUKU REKOD MENGAJAR (BRM) / FAIL
               1.  Keselamatan, kekemasan, kesempurnaan BRM/Fail adalah tanggungjawab
                    guru  berkenaan.  BRM/Fail  yang  lengkap  hendaklah  dihantar  pada  setiap
                    hujung minggu hari Jumaat mengikut jadual yang ditetapkan.
               2.  Guru  yang  bercuti  atau  bertukar  hendaklah  menyerah  BRM/Fail  kepada
                    Penolong Kanan untuk urusan pengganti.
               3.  Setiap  akhir  tahun  persekolahan,  BRM/Fail  hendaklah  diserah  ke  pejabat
                    sekolah.


               1.13 JADUAL WAKTU MENGAJAR

               1.  Guru hendaklah mematuhi jadual waktu yang disediakan dan disahkan untuk
                    dikuatkuasakan.
               2.  Guru  tidak  dibenarkan  mengubah  jadual  waktu  yang  ditetapkan  tanpa
                    kebenaran.
               3.  Guru  kelas  hendaklah  menyediakan  satu  salinan  jadual  waktu  untuk

                                                           38
   33   34   35   36   37   38   39   40   41   42   43