Page 84 - SK IPGM PERLIS MANUAL PENGURUSAN
P. 84

SK IPGM PERLIS                                  MANUAL PENGURUSAN              2019



                             Pendidikan Seni dan Dunia Seni Visual sepanjang 1 bulan difailkan atau
                             dipamerkan.
               12.7.15. Minimum 10 latihan teori pelbagai format soalan bagi mata pelajaran
                             Pendidikan Muzik dan Dunia Muzik dalam seminggu.
               12.7.16  Semua Penolong Kanan akan mencerap 10 buah buku, 10 buah Fail
                             Portfolio Perkembangan Murid bagi setiap
                             kelas.
               12.7.17  Rekod Penyeliaan Buku Kerja Murid dan Latihan Murid, hendaklah
                             diserahkan kepada Penolong Kanan Pentadbiran.
               12.7.18  Guru Besar dan Penolong Kanan Pentadbiran akan memastikan
                             tindakan susulan dibuat oleh Guru Mata pelajaran dan Ketua Panitia
                             Mata pelajaran.


               13.0. ANGGARAN PERBELANJAAN TAHUNAN PANITIA

               13.1.       Dasar perbelanjaan dan perolehan akan ditentukan semasa Mesyuarat
                              Kewangan Sekolah.
               13.2.       Setiap Panitia dikehendaki menyediakan anggaran perbelanjaan
                              tahun berikutnya dengan mengisi Lampiran PK 14/1 bagi
                              mengemukakan cadangan pembelian buku dan peralatan bantu
                              mengajar kepada Penolong Kanan Pentadbiran seminggu sebelum cuti
                              akhir tahun persekolahan semasa.
               13.3.       Dasar perolehan, penggunaan, penyelenggaraan dan verifikasi tahunan
                              mesti mengikut  Arahan Perbendaharaan yang sedang berkuat kuasa.
               13.4.       10% peruntukan untuk tahun berkenaan perlu direzab untuk pembelian
                              ABM bagi kegunaan awal tahun.
               13.5.       Bajet hendaklah berdasarkan peruntukan wang kerajaan dan wang
                              suwa yang diturunkan.


               14.0. BUKU TEKS, PUSAT SUMBER SEKOLAH DAN BAHAN BACAAN

               14.1.      Buku teks yang dibekalkan dimaksimumkan penggunaannya.
               14.2.      Keselamatan dan keadaan buku teks hendaklah diselia 2 kali setahun.
               14.4.      PSS hanya dibenarkan penggunaannya pada waktu PdPc bagi mata
                             pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab bagi
                             Program NILAM.
               14.5.      Bagi mata pelajaran selain dari bahasa dibenarkan masuk ke PSS
                             dengan tujuan pengajaran berfokus dan rujukan sekiranya telah
                             dirancang di dalam Buku Persediaan Mengajar dan Bilik PSS telah
                             ditempah terlebih dahulu.
               14.6.      Kebenaran khas diberi waktu ketiadaan guru, guru ganti dibenarkan
                             membawa murid ke PSS untuk mencari maklumat atau menonton video
                             berkaitan pembelajaran tetapi hendaklah secara terancang dan
                             terkawal.
               14.7.      Program NILAM Pusat Sumber akan diselia sepenuhnya oleh guru-
                             guru bahasa.


                                                           82
   79   80   81   82   83   84   85   86   87   88   89