Page 85 - SK IPGM PERLIS MANUAL PENGURUSAN
P. 85

SK IPGM PERLIS                                  MANUAL PENGURUSAN              2019



               14.8.      Penyemakan buku NILAM murid dilakukan 2 kali setahun oleh Guru
                             bahasa.
               14.9.      Jadual Penyemakan akan dikeluarkan oleh GPM.
               14.10.    Buku-buku rujukan percuma (Naskah Guru) hendaklah dijadikan aset
                             panitia.

               15.0 PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK

               15.1.       Semua program utama yang berlangsung dalam PdP dibuat
                              berdasarkan keperluan panitia.
               15.2.       Dasar Kurikulum menyokong penuh semua program peningkatan
                              akademik yang bertunjang ke arah kecemerlangan murid.
               15.3.       Jawatankuasa Kecemerlangan akademik adalah nadi membantu
                              semua Panitia dalam merancang dan melaksana program akademik.
               15.4.       Panitia diminta mengemukakan kertas cadangan yang relevan untuk
                              program akademik panitia berkenaan.
               15.5.       Penglibatan semua penolong-penolong kanan dan Kaunselor adalah
                              wajib bagi penyelarasan Program Akademik.


               16.0. PERKEMBANGAN STAF

               16.1. Kursus Dalaman

               16.1.1.     Semua guru yang menghadiri kursus mesti memberikan taklimat
                               ringkas Kepada Guru Besar dan Penolong Kanan Pentadbiran apabila
                               pulang berkursus menggunakan format minit curai.
               16.1.2.     Kursus dalaman akan dianjurkan oleh guru berkenaan mengikut
                               keperluan dan budi bicara Guru Besar dan Penolong Kanan apabila
                              dirasakan perlu atau atas arahan penganjur kursus.
               16.1.3.     Bahan edaran kursus adalah aset sekolah guru menyimpan salinan
                               untuk keperluan sendiri dan guru lain.

               16.2. Kursus Perkembangan Staf / Konsultasi

               16.2.1.     Dirancang mengikut permintaan guru berdasarkan keperluan kursus
                               dalam LNPT guru.
               16.2.2.     Lawatan ke sekolah yang cemerlang diadakan dalam kumpulan yang
                               kecil untuk mendapatkan maklumat dan perkongsian pintar.
               16.2.3.     Lawatan boleh diadakan oleh panitia.

               16.3. Bahan-bahan Ilmiah Kursus
               16.3.1.     Diperbanyakkan untuk keperluan guru lain.
               16.3.2.     Disimpan untuk rujukan panitia


               17.0. KAJIAN TINDAKAN




                                                           83
   80   81   82   83   84   85   86   87   88   89   90