Page 16 - SURAT SIARAN PELAKSANAAN EMK 2018 - JPNJ&BKEW
P. 16

12.     Penarikan      balik    bayaran      elaun     mestilah     dilaksanakan      oleh
               BPKhas/BPTV/Bahagian Matrikulasi/JPN yang melibatkan kes-kes berikut:

                       a.  Penipuan taraf kewarganegaraan;

                       b.  Pemalsuan kad OKU; atau

                       c.  Pertindihan pembayaran.

               13.     Penangguhan  elaun  akan  dibuat  sepanjang  tempoh  penangguhan
               pengajian/persekolahan tersebut. Pembayaran elaun hanya akan disambung semula
               daripada tarikh pelajar/murid tersebut menyambung pengajian/persekolahan.

               TATACARA PERTUKARAN PELAJAR/MURID

               14.     Pertukaran  pelajar/murid  perlu  dikemas  kini  oleh  pihak  Kolej/Sekolah  bagi
               mengelakkan keciciran dan pertindihan bayaran.

               15.     Pihak  Kolej/Sekolah  terdahulu  perlu  menyatakan  status  penerimaan  EMK
               pelajar/murid  di  dalam  Borang  Permohonan  Untuk  Bertukar  Kolej/Sekolah  oleh
               Murid     Warganegara       (P.U(A)275)     dan     dikemukakan      kepada      Bahagian
               Matrikulasi/PPD/JPN.

               16.     Bagi  pertukaran  pelajar/murid  di  dalam  dan  antara  negeri,  pembayaran
               hendaklah dibuat oleh Kolej/Sekolah terdahulu dalam tahun semasa.

               PENYELARASAN DAN PEMULANGAN BAKI PERUNTUKAN

               17.     Sekiranya berlaku lebihan peruntukan EMK:

                       a.   Kolej    Matrikulasi/Sekolah      dikehendaki     memulangkan         lebihan
                            peruntukan  tersebut  kepada  BPKhas/BPTV/Bahagian  Matrikulasi/JPN
                            melalui  cek  atas  nama  “Pengarah/  Setiausaha  Bahagian”  selewat-
                            lewatnya pada 15 Oktober tahun semasa.

                       b.   JPN/BPKhas/BPTV/Bahagian  Matrikulasi  dikehendaki  memulangkan
                            lebihan peruntukan tersebut kepada Bahagian Kewangan, KPM  melalui
                            Waran Tarik Balik selewat - lewatnya pada 31 Oktober tahun semasa.










                                                            6
   11   12   13   14   15   16   17   18   19   20   21