Page 46 - Panduan Pengurusan SKKS 2020
P. 46
DASAR SEKOLAH
1. DASAR KURIKULUM
1.1 LATAR BELAKANG
Kurikulum adalah ‘CORE BUSINESS’ setiap guru dan murid-murid yang
belajar di sekolah ini. Penetapan dasar ini mengambil kira kehendak, matlamat
dan keperluan Kementerian Pendidikan Malaysia serta aspirasi Jabatan
Pendidikan Pahang. Dasar yang ditetapkan menjadi garis panduan kepada hala
tuju dan pengurusan akademik sekolah ini dalam memberi khidmat yang
berkualiti kepada pelanggan.
2. OBJEKTIF
Penetapan dasar ini dilakukan bertujuan;
2.1 Menjadi garis panduan yang jelas kepada warga sekolah.
2.2 Memantapkan Pengurusan Kurikulum di peringkat sekolah.
2.3 Mematuhi Standard Kualiti pengurusan akademik Kementerian Pendidikan
Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri dan sekolah.
3. DASAR
3.1 Dasar Kurikulum sekolah sepanjang masa mestilah selari dengan arus
perdana sistem dan Dasar Pendidikan Kebangsaan.
3.2 Kurikulum yang dilaksanakan mestilah mematuhi kehendak Kementerian
Pendidikan Malaysia dan Jabatan Pendidikan Negeri.
3.3 Semua guru mestilah mendapat maklumat terkini mengenai pendidikan dan
kurikulum semasa.
3.4 Pada setiap masa, program akademik diutamakan. Hal ini bermakna
sekiranya program akademik bertembung dengan program lain, laluan
untuk program akademik diberikan keutamaan.
4. MESTUARAT
4.1 Jawatankuasa Kurikulum akan bermesyuarat 4 kali setahun.
4.2 Isi kandungan mesyuarat mengikut garis panduan yang diberikan.
4.3 Mesyuarat Panitia 4 kali setahun dan minit mestilah disediakan.
4.4 Surat panggilan mesyuarat diedarkan kepada guru 2 hari sebelum tarikh
mesyuarat.
4.5 Kehadiran bagi setiap mesyuarat adalah wajib kecuali dengan pelepasan dan
kebenaran guru besar.
5. SISTEM FAIL
5.1 Fail Jawatankuasa Kurikulum diurus dan disimpan oleh Setiausaha.
5.2 Semua fail diletakkan di pejabat.