Page 49 - Panduan Pengurusan SKKS 2020
P. 49
12.1.5 Semua Penolong Kanan akan dicerap oleh Guru besar.
13. 1Pengurusan Panitia
13.1.1 Pengurusan Panitia diletakkan sepenuhnya di bawah pengawasan
Ketua Panitia mata pelajaran.
13.1.2 Penolong Kanan akan menyelia semua panitia dua kali setahun.
13.1.3 Semua panitia perlu membuat Pelan Perancangan Strategik , Pelan
Taktikal dan Pelan Operasi.
13.1.4 Semua panitia mesti menentukan sasaran tahunan berdasarkan
TOV/ETR kohort tertentu.
13.1.5 Ketua panitia bertanggungjawab menyediakan anggaran belanjawan
tahunan bagi tahun berikutnya.
13.1.6 Ketua panitia perlu memastikan panitia di bawah mereka
membelanjakan peruntukan PCG secara berkesan dan mematuhi
peraturan kewangan.
13.2 Bilik-bilik khas
13.2.1 Semua bilik khas mesti diurus dengan sempurna oleh guru yang
bertanggungjawab berdasarkan Buku Pengurusan dan Panduan Tugas
Guru.
13.2.2 Rekod penggunaan dan peraturan serta jawatankuasa mesti
diujudkan.
13.2.3 Keselamatan peralatan dan bahan hendaklah diutamakan pada setiap
masa.
14. ANGGARAN PERBELANJAAN TAHUNAN PANITIA
14.1 Dasar perbelanjaan dan perolehan akan ditentukan semasa mesyuarat
kewangan. Setiap panitia boleh mengemukakan cadangan pembelian buku
dan peralatan bantu belajar kepada PK Pentadbiran.
14.2 Dasar perolehan, penggunaan, penyelenggaran dan verifikasi tahunan mesti
mengikut arahan Perbendaharaan yang sedang berkuatkuasa.
14.3 Bajet hendaklah berdasarkan peruntukan Wang Kerajaan dan Wang Suwa
yang sedia ada.
15. BUKU TEKS, PUSAT SUMBER DAN BAHAN BACAAN
15.1 Buku Teks yang dibekalkan dimaksimumkan penggunaannya.
15.2 Keselamatan dan keadaan buku teks hendaklah diselia 2 kali setahun.
15.3 PSS hanya dibenarkan penggunaannya bagi mata pelajaran Bahasa Melayu
dan Bahasa Inggeris bagi Program NILAM.
15.4 Program NILAM Pusat Sumber diselia sepenuhnya oleh guru-guru bahasa.
15.5 Masuk ke PSS dengan tujuan pengajaran berfokus dibenarkan.
15.6 Penyemakan Buku NILAM perlu disemak dari semasa ke semasa oleh guru
bahasa .
15.7 Penyemakan Buku NILAM murid dilakukan 2 kali setahun oleh guru bahasa
secara rasminya.