Page 80 - Panduan Pengurusan SKKS 2020
P. 80
RUMAH KUNING (BENDAHARA)
PN. ZULPA NIZAT BINTI ZAINOL (K)
TN. HJ MOHD ARIS BIN MD SOM
PN. SITI AISHAH BINTI TAPIT
CIK AMIRAH BINTI JASMI
PN. AINUL ZUBAIDAH BINTI IBRAHIM
PN. NOR FADHILAH BINTI HAMZAH
PN. ZAILANI BINTI A RAHMAN
PN AINAA NADIRA BINTI KAMARUDIN
PN. ZALIAH BINTI MD. YASIN
EN. MD MAZUKI BIN MD NAWI
EN NOR ASMADI BIN MAT NOR
EN. CHE HAZLAIMIN BIN CHE ABAS
PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB GURU PENASIHAT SUKAN
01. Peka terhadap Surat Pekeliling yang diedarkan serta memahami dan mengetahui
isi kandungannya dengan sejelas-jelasnya.
02. Memahami dan mematuhi tata cara tindakan sebelum, semasa dan selepas
aktiviti kokurikulum atau aktiviti sukan yang dijalankan.
03. Memeriksa sebarang peralatan yang akan digunakan sebelum dan selepas aktiviti
dijalankan.
04. Memastikan peralatan yang digunakan dalam keadaan selamat dan boleh diguna pakai.
05. Menyimpan dan menyelenggara stok peralatan sukan dengan sempurna dan
kemas kini.
06. Mengenal pasti pelajar yang tidak sihat dan mempunyai surat pengesahan
perubatan, iaitu yang perlu dikecualikan daripada menjalani aktiviti sukan.
Walau bagaimanapun, murid berkenaan adalah digalakkan melibatkan diri dalam
aspek pengelolaan aktiviti yang akan dijalankan.
07. Memaklumkan kepada ibu bapa/ penjaga tentang aktiviti yang dijalankan atau
yang akan dijalankan melalui murid.
08. Mengedarkan borang kebenaran ibu bapa/ penjaga (jika berkenaan) untuk
dilengkapkan dan dikumpulkan borang itu semula sebelum aktiviti dijalankan.
09. Hadir di tempat aktiviti sekurang-kurangnya 10 minit sebelum aktiviti dimulakan
dan mengawasi murid-murid sepanjang masa aktiviti kerana keselamatan dan
kebajikan pelajar di bawah tanggungjawab guru pembimbing.
10. Memastikan kehadiran murid dicatat, direkod dan didokumentasikan.
11. Memastikan aktiviti yang dilakukan mengikut kesesuaian dan kemampuan
murid khususnya murid berkeperluan khas.
12. Membuat penilaian secara pemerhatian, bertulis dan lisan untuk tindakan
susulan dan maklum balas.
13. Memakai kasut dan pakaian yang sesuai (mengikut peraturan) semasa aktiviti
sukan dijalankan.