Page 81 - Panduan Pengurusan SKKS 2020
P. 81
PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB MURID SEMASA KEGIATAN SUKAN
01. Sebelum menjalankan aktiviti, murid hendaklah melaporkan tahap kesihatan
seperti masalah jantung, asma, lelah dan lain-lain penyakit dari masa ke masa
kepada guru penasihat sukan yang berkenaan.
02. Murid-murid hendaklah memakai pakaian dan kasut yang sesuai sewaktu
menjalani aktiviti sukan.
03. Murid-murid hendaklah melaporkan tahap kesihatan sekiranya berlaku sesuatu
ketidakselesaan sewaktu menjalani aktiviti sukan.
04. Murid-murid tidak dibenarkan melakukan sebarang aktiviti sukan tanpa
pengawasan guru.
05. Murid-murid mesti mengikut arahan guru semasa melakukan aktiviti sukan
atau permainan atau sebarang aktiviti kokurikulum.
06. Murid-murid hendaklah melaporkan segala kerosakan alatan kepada guru yang
bertugas.
07. Murid-murid hendaklah melaporkan sebarang kemalangan kepada guru penasihat
yang bertugas.
PERATURAN-PERATURAN PENGGUNAAN DI PADANG SEKOLAH
1. Pakai pakaian sukan atau pakaian yang sesuai semasa menjalankan aktiviti jasmani atau
senaman di padang.
2. Anda dinasihati supaya memakai kasut sukan ketika menjalankan aktiviti sukan.
Memakai selipar, sandal atau berkaki ayam adalah dilarang sama sekali.
3. Sila beratur semasa datang ke padang dan berada dalam pengawasan guru yang terlibat.
4. Anda tidak digalakkan membawa barang berharga dan barang berbahaya ke padang.
5. Sentiasa berhati-hati dan berwaspada ketika menjalankan aktiviti lasak.
6. Jaga kebersihan padang. Kutip dan buang ke dalam tong sampah apabila terjumpa bahan
yang berbahaya seperti kaca, paku, jarum, sampah dan sebagainya.
7. Dilarang berkeliaran di padang kecuali pada waktu mata pelajaran pendidikan jasmani,
sukan atau aktiviti yang dibenarkan oleh pihak sekolah.
8. Tidak dibenarkan bermain di padang ketika waktu hujan, ribut, petir, jerebu dan cuaca
yang tidak menentu.
9. Anda wajib menjaga peralatan sukan yang telah digunakan. Sila kembalikan ke tempat asal
setelah digunakan. Jagalah kemudahan yang disediakan dengan baik.
10. Tanamkan semangat kesukanan ketika di padang. Sentiasa berdisiplin dan mematuhi
peraturan yang telah ditetapkan.
11. Penggunaan padang oleh pihak luar adalah dilarang selain daripada pelajar, guru dan
kakitangan sekolah dengan kebenaran pihak sekolah. Pencerobohan adalah dilarang dan
akan diambil tindakan.
12. Laporkan segera kepada guru bertugas sekiranya berlaku sebarang kecemasan atau
kehilangan untuk tindakan selanjutnya.
13. Segala kemalangan atau kecederaan semasa menggunakan padang tanpa kebenaran
adalah di bawah tanggungjawab sendiri.
14. Kegunaan padang hanyalah untuk aktiviti sukan yang dibenarkan sahaja.
15. Dilarang membawa masuk kenderaan ke dalam padang tanpa kebenaran