Page 10 - 4.0 Mazhab_Neat
P. 10

Nota IXEX1101 Pengantar Syariah




                   v.      Mazhab Ibadi

                           Mazhab  ini  merupakan  berasal  dari  pecahan  aliran  Khawarij.  Ia


                           mempunyai pandangan yang berbeza dari Sunni dan Syiah. Ia diasaskan


                           oleh  ‘Abd  Allah  ibn  Ibadh  al-Tamimi.  Mazhab  masih  diamalkan  dan


                           dominan di Oman dan Zanzibar.




                   vi.     Mazhab Syiah

                           Terdapat berbagai golongan Syiah di mana masing-masing  mempunyai


                           metodologi  hukum  yang  tersendiri,  iaitu  Syiah  Zaydiyyah,  Syiah


                           Ja’fariyyah, Syiah Ismailiyyah dan sebagainya Di antara mazhab-mazhab


                           Syiah,  aliran  Zaydiyyah  lebih  hampir  dengan  mazhab  Sunni  terutama

                           dengan  mazhab  Hanafi.  Metodologi  mereka  berasaskan  al-Qur’an,  al-


                           Hadith,  ijma’  dan  qiyas.  Mereka  juga  menggunakan  metode  ijtihad


                           bahkan  berpendirian  bahawa  setiap  masa  tidak  sepi  dari  seorang


                           mujtahid yang menyeru ke arah kebaikan umat.




                          Mazhab-mazhab  ini  masih  kukuh  dan  terus  diamalkan  hingga  kini  di


                   seluruh dunia. Antara faktornya adalah:


                         Personaliti tokoh mazhab yang unggul.

                         Karya-karya yang bermutu tinggi.


                         Pendukung dan pengikut mazhab yang setia.


                         Dukungan kuasa pemerintah yang kuat.


                                                                                                       10


                   Dr Mohd Anuar Ramli
   5   6   7   8   9   10   11