Page 5 - 4.0 Mazhab_Neat
P. 5
Nota IXEX1101 Pengantar Syariah
harfiah (literal) pada teks-teks nass. Metodologi mazhab Dhahiri adalah
al-Qur’an dan al-Hadis selagi tidak ada dalil yang harus ditinggalkan.
Apabila tidak ada nas, mereka menggunakan ijma’ dengan syarat
ijma’nya seluruh umat. Oleh kerana ijma’ ini tidak wujud, maka mazhab
tersebut seolah-olah menolak ijma’. Manakala qiyas dan sumber-sumber
lain yang dipakai oleh mazhab lain tidak dipakai sama sekali oleh
mazhab Dhahiri. Pada umumnya, pendapat mazhab tersebut tidak
banyak memberi kelonggaran dan banyak sekali yang berlawanan
dengan jumhur fuqaha'. Mazhab tersebut mengalami kemunduran pada
abad ke-5 Hijrah dan pupus pada abad ke-7 Hijrah.
Inilah sebahagian di antara sebilangan mazhab yang tidak lagi dianut
secara rasmi sekarang ini. Kepupusan ini disebabkan beberapa faktor, antaranya:
Pendukung yang berpaling tadah.
Tiada karya yang bermutu.
Tiada dukungan kuasa pemerintah.
Mazhab Yang Masih Diamalkan
i. Mazhab Hanafi
Mazhab Hanafi diasaskan oleh Nu’man Ibn Thabit al-Taymi atau dikenali
sebagai Abu Hanifah (80 H-150 H). Abu Hanifah memegang panji-panji
5
Dr Mohd Anuar Ramli