Page 2 - 4.0 Mazhab_Neat
P. 2

Nota IXEX1101 Pengantar Syariah




                  banyak  mengetahui  hadis-hadis  Rasulullah  SAW,  di  samping  kes-kes  yang

                  mereka hadapi bersifat sederhana dan pemecahannya tidak banyak memerlukan


                  logik  dalam  berijtihad.  Sedangkan  Madrasah  al-‘Iraq  dalam  menjawab


                  permasalahan hukum lebih banyak menggunakan logik dalam berijtihad.


                         Hal ini mereka lakukan kerana hadis-hadis Rasulullah SAW yang sampai

                  pada  mereka  terbatas,  sedangkan  kes-kes  yang  mereka  hadapi  jauh  lebih  berat


                  dan beragam, baik secara kualiti mahupun kuantiti, dibandingkan dengan yang


                  dihadapi  Madrasah al-Hijaz. Ulama Hijaz berhadapan dengan suku  bangsa yang


                  memiliki  budaya  homogen,  sedangkan  ulama  Iraq  berhadapan  dengan

                  masyarakat  yang  relatif  majmuk.  yang  heterogen.  Oleh  sebab  itu,  tidak


                  menghairankan jika ulama Iraq banyak menggunakan logik dalam berijtihad.


                         Bahawa mazhab dalam fiqh tidak hanya terbatas pada empat Imam besar


                  itu saja. Tetapi banyak sekali mazhab-mazhab itu (didakwa bilangannya sampai

                  berjumlah  500).  Hanya  sejarah  telah  membuktikan  bahawa  empat  mazhab  itu


                  yang  mampu  bertahan  dan  memiliki  pengaruh  cukup  luas  di  dunia  Islam,


                  ditambah sedikit pengikut mazhab Dhahiri dan mazhab Ja'fari.




                  Aliran Dalam Metodologi Hukum Islam




                  Meskipun  aliran-aliran  dalam  metodologi  hukum  amat  banyak,  namun  hanya


                  aliran  yang  mempunyai  pendukung  yang  kuat  sahaja  terus  survive,  manakala


                  aliran yang tidak mempunyai barisan pendukung yang mantap akan mengalami



                                                                                                        2


                   Dr Mohd Anuar Ramli
   1   2   3   4   5   6   7