Page 3 - 4.0 Mazhab_Neat
P. 3
Nota IXEX1101 Pengantar Syariah
kepupusan dan yang tinggal hanyalah nama sahaja di samping beberapa buah
kitab seperti Dhahiri, al-Awza‘i, al-Thawri dan lain-lain.
Mazhab Yang Pupus
Mazhab al-Thawri
Tokoh mazhab ini adalah Abu ‘Abd Allah Sufyan b. Masruq al-Thawri.
Lahir di Kufah tahun 65H dan wafat di Basrah tahun 161H. Imam Ahmad
menyebutnya sebagai seorang faqih, ketika Ahmad mengakui dirinya
sendiri hanya sebagai ahli hadis. Ia berguru pada Ja‘far al-Sadiq dan
meriwayatkan banyak hadis. Ayahnya termasuk perawi hadis yang
dithiqahkan Ibn Ma‘in. Ketika beliau diminta menjadi qadhi, ia melarikan
diri dan meninggal di tempat pelarian. Fahamannya diikuti orang sampai
abad ke-4 Hijrah.
Mazhab Ibn ‘Uyaynah
Nama lengkapnya Abu Muhammad Sufyan ibn ‘Uyaynah. Wafat tahun
198H. Ia mengambil ilmu dari Imam Ja‘far, al-Zuhri, Ibn Dinar, dan lain-
lain. Di antara yang mengambil riwayat daripadanya adalah Syafi'i. Ia
memberi komentar: "Seandainya tidak ada Malik dan Ibn 'Uyaynah,
hilanglah ilmu Hijaz. Mazhabnya diamalkan orang sampai abad ke-4
Hijrah, tetapi setelah itu hilang kerana tidak ada dukungan penguasa.
3
Dr Mohd Anuar Ramli