Page 16 - KILIM
P. 16
Pada waktu pagi, kebiasannya penduduk
di Kampung Kilim memulakan pekerjaan
harian mereka dengan mencari rezeki
seperti menangkap ikan di laut, membuka
perniagaan runcit, meniaga nasi lemak
di hadapan sekolah, dan menjalankan
tugas harian mereka. Pada waktu petang
pula, penduduk di Kampung Kilim
akan melakukan aktiviti riadah seperti
berbasikal, sukaneka, ziarah- menziariahi
jiran tetangga dan aktiviti laga ayam.
Aktivti laga ayam hanya dimainkan oleh
kanak-kanak untuk mengisi masa lapang
mereka.
Selain itu, para penduduk setempat
turut mengadakan aktiviti bergotong-
royong membersihkan kawasan
kampung. Disamping itu, pada -setiap
tahun Persatuan Rukun Tetangga akan
mengadakan aktiviti senamrobik yang
melibatkan penduduk kampung, yang
dijalankan dua bulan sekali di pangkalan